Ahad, 17 Januari 2010
Usrah Garis Kehidupan
Usrah garis kehidupan adalah kumpulan bimbingan pelajar beresiko tinggi. Seramai dua puluh orang pelajar telah dikenalpasti sewaktu tingkatan 4. Kesemua mereka telahpun membuat perjanjian dengan pihak pengurusan asrama akan mengubah diri untuk menjadi manusia yang berguna dan baik.
Tetapi mereka ini perlu dibimbing, tidak boleh dilepas bebas kerana idea dan tingkah laku mereka sentiasa negatif dan melawan arus.
Pada usrah yang pertama ini telah dipersetujui bersama iaitu akan mengangkat sumbah meninggalkan rokok. Masing-masing telah memberi tarikh kepada Cikgu Azman dan berazam akan meninggalkan rokok terus sebelum tamat zaman persekolahan.
IsyaAllah kita akan tengok sejauh mana pengakuan dan akusumpah yang mereka akan laksanakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan