Isnin, 18 Januari 2010
Sikap Negatif
Kerja mengemas blok asrama diteruskan pada petang ini 18jan2010 3.30ptg untuk blok N.
Untuk tiga tahun kebelakangan ini kita cuba untuk meminimumkan kerosakkan peralatan asrama. Ini kerana pada tahun 2008 dan 2009 kita telah menganti kesemua tilam yang berusia melebihi 10 tahun. Almari kayu juga telah diganti dengan almari besi kecuali di blok H.Perbagai kempen kesedaran dilaksanakan agak pelajar tidak merosakkan peralatan harian mereka dengan sengaja.
Tetapi sebahagian pelajar tetap tidak bertanggungjawab dan tidak rasa bersalahan apabila merosakkan barang sekolah/asrama. Seperti dengan sengaja mengopak almari apabila kehilangan anak kunci atau sengaja menconteng tilam kosong yang tiada berpenghuni.
Kesedaran/Keinsafan dan rasa bertnggungjawab inilah yang cuba diterapkan sepanjang mereka berada di asrama vokasma.
Sekadar ceramah/tazkirah sahaja terkadang rasa macam tidak berkesan sebab itulah saya selalu kembalikan persoalan hati manusia ini kepada pencipta hati itu sendiri iaitu Allah subhanahuwataala.Mahu tak mahu terpaksa memohon kepada Allah agar mereka tidak mendapat ilham jahat atau negatif sepanjang tinggal di Asrama vokasma ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan