Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Jumaat, 15 Januari 2010

Hari Balik Kampung





Hari ini jumaat 15jan10 hari balik kampung buat kali pertama sesi persekolahan tahun 2010.
Walaupun balik kampung setiap dua atau tiga minggu sekali sedasar keperluan, pelajar tetap bersemangat, macam lama sangat tak balik kampung.
"Pelajar sekarang memang tak tahan tinggal di asrama", sampung seorang guru yang bersama-sama saya menangkap gambar hari ini.
"Kita dulu lain...seingat saya sebulan sekali kekadang dua bulan sekali baru balik kampung. Hari balik kampung memang meriah sangat, kebanyakan pelajar pula naik bas,tiada emak bapa datang ambil" sambung kawan saya lagi.
"Kita dulu orang kampung, dia rumah elektrikpun tak ada, rumah pakai perigi, mak ayah miskin tiada kereta, dok asrama memang best," sambung saya sambil terbayang ramai kekawan saya begitu.
walau apapun pelajar sekarang memang nak sangat balik kampung sebab di rumah ada kemewahan, ada orang gaji, ada playstation, ada banyak mcz kat handset, ada astro ....tah macam-macam lagi ada....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan