Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 19 Januari 2010

Aktiviti Asrama Vokasma Setiap Selasa Malam




Selasa;19jan10
Jam 7mlm surau Al-Hidayah Vokasma mengumandangkan lagu nasyid.
7.15mlm dipasang pula ngaji al-Quran sebagai tanda waktu magrib dah hampir.
Lagi 3 minit masuk waktu muazin berzikir munajat dan beristifar. Tepat 7.29 azan berkemandang.Solat magrib diimam oleh pelajar saudara Muhammad Ilyasak. Selesai solat,wirid dan alunan almaulhusna.Pelajar membaca al-mathurat dipimpinan oleh Ust Mohd Fauzi.
Tamat bacaan al-mathurat sekitar jam 8.10mlm, ust Mohd Fauzi memberi tazkirah dengan membaca beberapa hadis sehingga masuk waktu isyak.
Solat isyak diimam oleh Ust Mohd Fauzi.
Selepas solat isyak Ust Mohd Lotpi mengingatkan tentang pemakaian uniform, seterusnya ucapan Ketua Warden Cikgu Azman yang mengingatkan pelajar supaya jam 7.15pg sudahpun berada di dataran kawad.
Selepas pelajar bersurai sekitar jam 9.15mlm Cikgu Azman membuat perjumpaan dengan semua pengawas sekolah dan asrama. Perbincangan dibuat berkaitan pembahagian tugas di blok asrama dan perpindahan sebahagian pengawas ke blok ting 4.
9.45mlm perjumpaan ditamatkan dan semua pengawas bergerak ke tempat prep masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan