Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 26 Januari 2010

Kuliah Magrib Pertama




Hari ini 26jan2010 kuliah magrib pertama melibatkan penceramah luar. Sebenarnya pada tahun ini 2010 kita belum lagi menjemput penceramah luar kerana kenkanggan kewangan, namun malam ini iaitu Minggu Ukhuwah Asrama kita menjeput Ust Zaim Zaid untuk menyempaikan kuliah.
Beliau menegaskan tentang kerosakan remaja kini dan mempelopori budaya-budaya yang merosakkan umat.
Beliau juga megaitkan keperluan untuk menjaga hati kerana hati umpama raya dalam diri. Seorang raja dijaga oleh pengawal dari hidup hingga mati, begitulah juga kita perlu menjaga raja dalam diri kita.
Hati perlu dijaga dari melakukan sebarang benda maksiat dan mungkar. Perlakuan maksiat dan mungkar menyebabkan hati menjadi tumpuk hitam dan mati. Lalu kita tidak lagi menjadi peka kepada mungkar dan maksiat.
Itulah rahsia mengapa manusia yang dikelilingi mungkar tidak akan jijik untuk melakukan mungkar. Sedangkan orang yang tidak pernah melakukan mungkar merasa jijik melihat mungkar walapun dianggap kecil oleh sesetangah insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan