Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Sabtu, 16 Januari 2010

Mengapa Anda Bertindak Begini?





Ini adalah gambar yang sempat saya rakamkan pada hari akhir SPM 2009 di blok P. Saya masih ingat pada malam tersebut selepas solat magrib saya ada ingatkan pelajar supaya tidak merosakan harta sekolah kerana ianya adalah hak kerajaan yang datang dari rakyat. Yang menjadi satu kesalahan apabila kita dengan sengaja merosakkannya. Alat pemadam api...itulah alat yang selalu pelajar main, sembur seluruh bilik dan blok asrama. Pada petang kertas akhir pelajar teknik saya terserempak dengan dua pelajar yang melakukan aktiviti yang sama di blok M...lari berselerak dengan motosikal.
Pada minggu-minggu akhir PK Hem dan Ust Mohd Fauzi juga ada meningatkan perkara yang sama. Tetapi inilah balasan pelajar.
Konon nak realise tansion selepas tamat exam, tamat alam persekolahan.
Memang patut ketika ambil result spm nanti setiap penghuni bilik tersebut didenda mengikut harga kerosakan tersebut. Memang patut kerajaan luluskan kutipan cadagaran asrama.
Namun pada tahun mendatang warden perlu mengatur pelbagai strategi untuk mengelakkan perkara seumpama ini.

1 ulasan:

  1. dalam serumpun buluh bukan semua lurus tentu ada yang bengkok. maka saya cadangkan agar perkara merosakkan harta kerajaan ini harus selalu diingatankan kepada pelajar dari peringkat awal tahun, jangan diingatkan setelah pelajar dah nak habis atau dah nak keluar.......cuma pandangan

    BalasPadam