Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Jumaat, 22 Januari 2010

Hospital




Antara tugasan penting warden bertugas ialah menghantar pelajar ke hospital. Malam ini selepas solat isyak seorang pelajar bernama Mohd Syafiq Tajudin mengadu sakit mata. Sebelum menghantar ke hospital saya sempat merakam gambar beliau. Pelajar ICT ini baru tahun ini masuk ke asrama kerana keluarga beliau telah berpindah ke Taiping. Kerana sikap beliau yang boleh diharapkan maka saya telah mengamanahkan beliau jawatan pembantu pejabat warden.
Menurut doktor yang merawat beliau, mata beliau telah terkena jangkitan yang agak serius. Selain dari beberapa ubat, doktor juga memberi satu surat yang meminta beliau menghadirkan diri di wad 8 jam 8pg pada 23jan10 untuk rawatan susulan dan mungkin perlu masuk wad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan