Selasa, 12 Januari 2010
Bacaan Al-Mathurat
Setiap minggu penghuni asrama vokasma diwajibkan membaca al-mathurat. Ayat-ayat dan doa-doa yang susun oleh imam Hassan al-Banna memang semuanya ada nas untuk diamalkan. Inilah antara punca bagaimana hati-hati manusia dilembutkan supaya boleh membuat perubahan menjadi seorang yang baik dan berakhlak.
Seingat saya bacaan al-mathurat ini diperkenalkan di asrama vokasma sejak kali pertama menjadi ketua warden pada tahun 1994. Pada tahun tersebut al-mathurat dibeli dari duit dendaan para pelajar yang lewat turun solat subuh.
Tahun 1997/98 kita kutip wang wakaf untuk mencetak surah yassin dan ah-mathurat. Ada juga para pelajar mewakafkannya untuk surau. Hari ini banyak al-mathurat yang perbagai versi.
Kita pernah menetapkan bacaan al-mathurat pada hari ahad, kemudian hari isnin. Tahun 2010 kita tukar pada hari selasa atau rabu mengikut kesesuai waktu.
Diharapkan apabila penghuni asrama vokasma keluar/tamat kehidupan di asrama ini dapat mengamalkannya dengan berterusan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rindu nk bce mathurat..!
BalasPadam