Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Sabtu, 30 Januari 2010

Persiapan Untuk Ambilan Ke-2 Ting 4 2010




Pengarah Pendaftaran Pelajar Vokasma 2010 Ust Mohd Fauzi Mohd Nor meneruskan kerja-kerja pengambil untuk 2nd intake bersama AJK Surau.Kira-kira 60 pelajar akan hadir untuk mendaftar pada isnin ini.
Kerja yang tidak mengira masa ini kekadang kurang difahami oleh orang lain. Biasanya orang yang kurang memahami lebih banyak cakap belakang dan komen sesuka hati sahaja.
Keikhlasan seseorang dalam menjalankan tugas boleh dilihat dari aspek sikapnya yang tidak sombong, mampu mengukirkan senyuman walaupun banyak tugas dan tidak marah-marah sesuka hati.
Biasanya sikap luaran seseorang akan mencerminkan apa yang ada di dalam hatinya. Tahniah Ust Fuazi kerana berjaya mengatur pendaftaran dengan berkesan pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan