Jumaat, 8 Januari 2010
Malam Pertama Di Asrama Vokasma 2010
Seperti biasa sekitar jam 7 mlm semua penghuni asrama Vokasma berkumpul untuk solat magrib. Solat diimam oleh Penolong Kanan Ust Mohd Lotpi Razali.
Selepas solat magrib Ust Mohd Lotpi memberi ucapan dengan penuh harapan bahawa pelajar vokay boleh menjadi pelajar cemerlang walaupun ketiadaan pelajar teknik. Beliau yakin dan percaya ramai kalangan pelajar vokay yang akan berjaya sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Seterus Penolong Kanan Hem, En Wan Yusaini Wan Hassan pula mengucapkan selamat kembali ke asrama dan peringatan bahawa semua pelajar akan dilayan sama rata melainkan pelajar tidak mahu menggunakan peluang yang diberikan.
Ketua Warden Asrama, En Azman Shabudin juga mengingatkan tentang undang-undang dan peraturan asrama yang perlu dipatuhi sepanjang tinggal di asrama Vokasma.
Warden Ust Mohd Fauzi Mohd Nor juga ada mengingatkan bahawa kejayaan para pelajar lepasan asrama ini dalam bidang akhlak sudah cukup memberi kepuasan hati seorang warden.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
pada hakikatnya saya amat berpuas hati pada hari ini 25/01/2010 pendaftaran murid tahun 4
BalasPadam