Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 24 Januari 2010

Kecemasan


Sekitar jam 1.20ptg sedang saya di pejabat warden, seorang pelajar berlari mendapatkan saya,"cikgu saya nak balik, nenek saya meninggal dunia".
Beliau ialah Aliff Imran Mohd Ramzan dari L5.Beliau mendapat berita kematian neneknya dari PK Hem.
"Cikgu takkan saya nak pergi stesyen bas jalan kaki",tanya beliau dengan penuh simpati.
Saya tersenyum lalu menjawab,"dalam masa 5 minit tunggu di PW".
Lalu saya balik mengambil kereta dan menghantar beliau ke stesyen bas.
Rupanya beliau orang Batu Gajah dan sekarang ni semua ahli keluarga berada di rumah neneknya di Shah Alam. Nenek beliau sudah berusia 73 tahun dan telah seminggu koma di hospital. Nenek beliau meninggal sekitar jam 1 ptg dan mungkin di kebumi sebelum magrib.
Tiba di stesyen bas beliau bergegas ke kaunter tiket, rupanya tiada bas ke Shah Alam sehingga jam 7mlm. Saya mencadangkan beliau ambil bas ke KL kerana bas ke KL akan bertolak pada bila-bila masa. Tapi beliau tidak biasa ke KL.
Lalu saya menalefon bapa beliau menyatakan beliau akan naik bas ke Pudu Raya. Bapa beliau menyatakan sanggup untuk mengambilnya di Pudu Raya.
Saya tunggu sehingga beliau naik bas, lalu saya pun balik ke asrama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan