Jumaat, 15 Januari 2010
Malam Di Asrama Tanpa Penghuninya
1.Seperti biasa menjelang tengah malam saya akan teringat keadaan di asrama. Otak saya segera menyatakan tiada sebarang aktiviti kerana semua penghuni asrama telah selamat balik ke rumah keluarga masing-masing.
2.Fikiran saya terus berfikir sejauh mana saya mampu mendidik dan menjaga penghuni vokasma pada tahun ini 2010 yang pada fikiran saya sudah mula melakukan perlbagai aktiviti yang tidak berfaedah.
3.Keadaan di asrama melibatkan dua pihak iaitu 1.WARDEN ASRAMA 2. PENGHUNI ASRAMA
Persoalannya sejauhmana warden asrama boleh berperanan membantu mendidik penghuni asrama supaya selepas mereka keluar dari asrama vokasma ini mereka akan menjadi seorang yang cemerlang akhlak, cara berfikir, sikap dan tingkah laku. Apabila persoalan ini dilontarkan tentu ramai yang mengatakan mustahil, payah, tidak boleh dan perlbagai alasan lagi.
4.Sebagai warden atau mereka yang terlibat menjaga pelajar asrama tentulah kehidupan mereka tidak akan sama seperti orang yang tidak menjadi warden.Biarpun status mereka sama iaitu guru yang sama-sama mengajar di kelas.
5.Jika seseorang warden sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik, jujur dan amanah walaupun elaun yang diterima tidak setimpal dengan tugas, tentu kehidupannya menjadi terlalu sibuk.Tentulah sebahagian masa rehatnya yang sepatutnya dihabis bersama keluarga akan digunakan bersama murid. Lantaran itulah tentunya kehidupan seseorang warden itu amat jauh berbeza dengan orang yang tidak menjadi warden.
6.Bermula balik dari mengajar di sekolah sekitar jam 3 ptg akan ada pelajar mengetuk pintu kerana ingin ke hospital, jam 6.30ptg kena pastikan makanan dimasak dan keadaan baik di dewan makan,magrib bersama pelajar, memberi tazkirah kepada pelajar,isyak bersama pelajar,bertemu/bermesyuarat/berusrah bersama kumpulan tententu pelajar sehingga jam10.30 malam untuk memastikan tugas/jawatan yang diserahkan kepada pelajar berjalan dengan sempurna, tengah malam jika ada yang sakit, semput, pening, rumah warden juga diketuk dan kehospital dengan kereta dan minyak warden. Dan di celah-celah kehidupan warden begitu tentulah ada kelemahan-kelemahan tertentu dan kelemahan-kelemahan itu selalu akan menjadi "peluru untuk orang menembak" balik warden.Lalu seseorang wardenpun mungkin cedera.
Kalau begini keadaannya, siapa yang sanggup jadi warden? Jika adapun warden yang sanggup melakukan kerja bergini sehingga bilakan dia boleh mengekalkan keadaannya begitu sedangkan saban hari dia melihat kekawannya BEREHAT.BERSAMA KELUARGA.ADA KOMITMEN FAMILY.
Nota: Kepada penghuni vokasma janganlah menyusahkan warden kamu. Dalam doa saya selalu memohon kepada tuhan kamu supaya menjinakkan hati-hati kamu.Sebab itu saya selalu berpesan apa-apa yang diharamkan ISLAM adalah haram di asrama vokasma.amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan