Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Khamis, 14 Januari 2010

Gotong Royong Kemas Blok Ting 4 2010





Mengemas untuk blok ting 4? Itulah satu kemestian yang dilakukankan oleh pengawas asrama setiap tahun. Jam 3.30 hingga 5 petang tadi para pengawas membantu penyelia asrama En Khairulizuan dan warden menyusunatur katil, tilam dan almari.
Menjadi tradisi asrama pelajar yang meninggalkan asrama untuk hari terakhirnya pasti meninggalkannya dengan keadaan yang sungguh teruk. Dan menjadi satu terlalu biasa ibu bapa yang hendak menghantar anak ke asrama pasti mahukan asrama seperti 7 bintang(kalau ada la).
Dan jika asrama kita tidak terurus tentulah mereka akan melaporkannya mungkin sehingga satu dunia boleh tahu(melalui blog?) Tapi kalau asrama kita tersiap sedia...adakut 1,2 orang yang akan puji...yang lain akan cakap biasa sahaja.
Walau apapun...pihak penyelia asrama, warden asrama dan pihak pembersih sudah bertungkus lumus sejak Disember lagi dan kini dibantu oleh pengawas asrama(dan sekolah) bagi memastikan persiapan akhir kemasukan tingkatan 4 yang dijangka pada 25 Jan 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan