Ahad, 17 Januari 2010
Tazkirah Selamat Datang
Setiap ahad malam Ketua warden perlu mengadakan Tazkirah magrib bersama penghuni vokasma. Anatara tujuan utama ialah;
1.Memastikan semua penghuni asrama balik semula ke asrama
2.Menegur sikap pelajar sepanjang minggu lepas
3.Membicarakan isu umat Islam luar dan dalam negara.
Tazkirah Cikgu Azman dimulakan dengan membaca surah al-Mulk ayat 1-3 dan dikaitkan dengan peristiwa yang berlaku dalam seminggu iaitu 1.Gerhana Matahari 2.Gempa di Haiti. Kedua-dua periswa yang berlaku mengambar kekuasaan dan perancangan Allah. Manusia boleh meramal sesuatu perkara yang bakal berlaku dengan izin Allah seperti peristiwa gerhana tetapi Allah juga tidak izinkan beberapa perkara dari pengetahuan manusia seperti gempa di Haiti.
Sedang Ketua warden bertazkirah, warden En Daniel Farid interup dengan membuat pemeriksaan mengejut mengenai rambut.
Ramai yang diberi peluang balik ke kampung tapi gagal mengunting rambut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan