Sabtu, 30 Januari 2010
Persiapan Untuk Ambilan Ke-2 Ting 4 2010
Pengarah Pendaftaran Pelajar Vokasma 2010 Ust Mohd Fauzi Mohd Nor meneruskan kerja-kerja pengambil untuk 2nd intake bersama AJK Surau.Kira-kira 60 pelajar akan hadir untuk mendaftar pada isnin ini.
Kerja yang tidak mengira masa ini kekadang kurang difahami oleh orang lain. Biasanya orang yang kurang memahami lebih banyak cakap belakang dan komen sesuka hati sahaja.
Keikhlasan seseorang dalam menjalankan tugas boleh dilihat dari aspek sikapnya yang tidak sombong, mampu mengukirkan senyuman walaupun banyak tugas dan tidak marah-marah sesuka hati.
Biasanya sikap luaran seseorang akan mencerminkan apa yang ada di dalam hatinya. Tahniah Ust Fuazi kerana berjaya mengatur pendaftaran dengan berkesan pada tahun ini.
Khamis, 28 Januari 2010
Balik Kampung
Solat Jumaat
Pertamakali solat jumaat kena naik bas ke masjid KDSK yang jaraknya hampir 2KM terasa agak leceh. Tetapi itulah kewajipan yang diberi ganjaran pahala oleh Allah. Semakin jauh jarak kita dengan masjid semakin banyak pula pahala.
Minggu ini pelajar ting 4 masih belum dibekalkan kain samping. Ada yang cuma memakai baju melayu putih seragam dan ada yang cuma memakai kain pelikat.
Mungkin minggu depan semua penghuni asrama Vokasma akan memakai baju melayu lengkap beserta kain samping bercirikan vokasma.
Sujud Sajdah
Hafazan
Malam ini malam ketiga para pelajar baru menghafal wirid selepas solat dan asmaulhusna. Sebahagian dari mereka mungkin merasa mudah kerana mereka telahpun menghafalnya selama ini tetapi bagi pelajar yang belum menghafaz mereka berusaha menghafalnya kerana Ust Mohd Fauzi, Cikgu Azman, Cik Wan dan Cikgu Shahabudin akan membuat pemeriksaan dihujung minggu nanti.
Pelajar yang gagal menghafal akan didenda.
Kita yakin setiap pelajar yang keluar dari asrama vokasma ini boleh menghafal dengan jayanya kerana setiap hari selepas solat magrib mereka mengalunkan wirid dan asmaulhusna secara berjamaah secara jahar.
Taklimat PK Hem
Setiap rabu selepas solat magrib PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan menyampaikan taklimat beliau. Taklimat kali ini memfokuskan kepada kerjasama pada hari pendaftaran dari pelajar tingkatan 5. Harapan beliau pelajar ting 5 akan terus menunjukkan kematangan sebagai pelajar senoir.
Pelajar ting 4 pula diingatkan supaya mengubungi pengawas blok jika berlaku sebarang masalah.
Pelajar juga diaingatkan tentang balik kampung wajib dan balik kampung pilihan.
Selasa, 26 Januari 2010
Pemeriksaan DM Mengejut
Saya membuat spot chek di DM bagi mempastikaan supper malam ini memuaskan. Namun saya tidak berpuashati terhadap;
1.Penyediaan satu kaunter kepda 200 pelajar lelaki, barisan panjang.
2.Petugas DM menyepit mee hoon sup ke dalam mangkuk yang dipegang oleh pelajar tanpa sukatan yang betul, ada pelajar diberi banyak dan ada yang sikit.
3.Ramai pelajar tidak turun makan kerana berbaris panjang.
4.Banyak mee hoon tidak habis, kerana sukatan yang tidak tepat.
Saya segera menalefon penyelia asrama dan meminta penyelesaian segera dibuat supaya ting 4 dan 5 di asingkan kaunter.
Kuliah Magrib Pertama
Hari ini 26jan2010 kuliah magrib pertama melibatkan penceramah luar. Sebenarnya pada tahun ini 2010 kita belum lagi menjemput penceramah luar kerana kenkanggan kewangan, namun malam ini iaitu Minggu Ukhuwah Asrama kita menjeput Ust Zaim Zaid untuk menyempaikan kuliah.
Beliau menegaskan tentang kerosakan remaja kini dan mempelopori budaya-budaya yang merosakkan umat.
Beliau juga megaitkan keperluan untuk menjaga hati kerana hati umpama raya dalam diri. Seorang raja dijaga oleh pengawal dari hidup hingga mati, begitulah juga kita perlu menjaga raja dalam diri kita.
Hati perlu dijaga dari melakukan sebarang benda maksiat dan mungkar. Perlakuan maksiat dan mungkar menyebabkan hati menjadi tumpuk hitam dan mati. Lalu kita tidak lagi menjadi peka kepada mungkar dan maksiat.
Itulah rahsia mengapa manusia yang dikelilingi mungkar tidak akan jijik untuk melakukan mungkar. Sedangkan orang yang tidak pernah melakukan mungkar merasa jijik melihat mungkar walapun dianggap kecil oleh sesetangah insan.
Isnin, 25 Januari 2010
Malam Pertama
Selepas solat magrib, Ketua Warden meminta semua pelajar baru ting 4 dan pengawas blok tunggu di surau.Satu taklimat telah di berikan oleh Ketua warden dan warden En Shahabudin Hassan dan ust Mohd Fauzi. Intipati taklimat ialah soal kesihatan,peraturan,keselamatan dan perlantikan jawatankuasa blok asrama.
Pengawas blok juga dilantik untuk menjadi abang angkat kepada setiap bilik bagi mengesan dengan cepat sekiranya terdapat pelajar baru bermasalah, tiada dalam dorm atau sakit.
Taklimat Pentadbiran
Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar baru bermula jam 10.20 pagi. En Sabri Wan Ibrahim memulakan majlis dengan menjemput Ketua warden En Azman Shabudin. Taklimat Ketua warden bermula dengan tayangan LCD berkaitan dengan aktiviti asrama vokasma.PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan seterusnya memberi taklimat berkaitan pakaian, jadual persekolahan dan undang-undang serta peraturan vokasma.YDP PIBG En Abu Bakar Basyir seterusnya menegaskan mengenai kelebihan dan kebaikan tenaga pengajar dan warden yang ada di SMVSM. Pengetua Cemerlang Pn Siti Arfah Ibrahim seterusnya menjelaskan beberapa dasar KPM dan polisi sekolah berkaitan akademik. Seterusnya majlis soaljawab bersama ibu bapa.
Ahad, 24 Januari 2010
Selamat Datang Pelajar Baru Ting 4 2010
Selamat menjadi warga vokasma kepada pelajar baru ting 4 2010.
Terima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih sekolah ini dan asrama vokasma sebagai destinasi pendidikan selepas PMR.
Semoga pilihan tuan/puan memberi impak yang memuaskan demi masa depan pendidikan anak/jagaan tuan/puan.
Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua.
Tugasan Akhir
Seperti biasa ahad malam isnin selepas solat magrib giliran cikgu Azman menyempaikan kuliahnya.Malam ini kuliah beliau berkaitan 3 perkara asas dalam solat iaitu sebutan amin, cara angkat takbir dan cara rukuk yang betul.Beliau juga menyentuh isu antara bangsa berkaitan kajian sarjana barat berkaitan dengan solat jamaah, soal kelebihan sebutan Alif Lam Lam Haa dan pembuktian sarjana barat tentang keberkesanannya dalam emosi.
Selepas solat isyak Ust Mohd Fauzi dan PK hem cikgu Wan memberi taklimat berkaitan tugasan hari pendaftaran kepada semua pelajar yang terlibat. Cikgu Wan menceritakan dari A hingga Z mengenai apa yang akan berlaku dan pelajar perlu lakukan pada 25jan2010.
Kecemasan
Sekitar jam 1.20ptg sedang saya di pejabat warden, seorang pelajar berlari mendapatkan saya,"cikgu saya nak balik, nenek saya meninggal dunia".
Beliau ialah Aliff Imran Mohd Ramzan dari L5.Beliau mendapat berita kematian neneknya dari PK Hem.
"Cikgu takkan saya nak pergi stesyen bas jalan kaki",tanya beliau dengan penuh simpati.
Saya tersenyum lalu menjawab,"dalam masa 5 minit tunggu di PW".
Lalu saya balik mengambil kereta dan menghantar beliau ke stesyen bas.
Rupanya beliau orang Batu Gajah dan sekarang ni semua ahli keluarga berada di rumah neneknya di Shah Alam. Nenek beliau sudah berusia 73 tahun dan telah seminggu koma di hospital. Nenek beliau meninggal sekitar jam 1 ptg dan mungkin di kebumi sebelum magrib.
Tiba di stesyen bas beliau bergegas ke kaunter tiket, rupanya tiada bas ke Shah Alam sehingga jam 7mlm. Saya mencadangkan beliau ambil bas ke KL kerana bas ke KL akan bertolak pada bila-bila masa. Tapi beliau tidak biasa ke KL.
Lalu saya menalefon bapa beliau menyatakan beliau akan naik bas ke Pudu Raya. Bapa beliau menyatakan sanggup untuk mengambilnya di Pudu Raya.
Saya tunggu sehingga beliau naik bas, lalu saya pun balik ke asrama.
Langgan:
Catatan (Atom)