Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 9 Februari 2010

Ucapan PK Hem dan KWA





Kesemua pengawas blok asrama telah diraikan makan malam istimewa "dinner plate" di salah sebuah restoran makanan segera yang popular. Majlis dimulakan oleh pengerusi majlis Cik Siti Nor Azalilah dengan ucapan terima kasih kepada PK Hem kerana sudi menaja makanan pelajar dan cukup prihatin dengan persolan dan permasalahan pelajar. Seterusnya bacaan doa dikendalikan oleh saudara Azizi. Ketua Warden Cikgu Azman dijemput memberi ucapan dengan menegaskan hal berkaitan tanggungjawab dan amanah di mana kesemua pengawas blok adalah mereka yang sukarela dan sanggup untuk menempuh cabaran di asrama. Sebagai tanda bahawa warden sentiasa bersama-sama maka mereka diraikan dalam majlis yang ringkas ini.
PK Hem En Wan Yusaini pula menekankan soal pengorbanan pengawas blok asrama selama ini dan akan datang bukanlah menjadi perkara yang sia-sia sebaliknya ianya akan dibalas oleh Allah pada waktu tertentu yang kita tidak tahu kerana nabi pernah menyebut bahawa mereka yang memudahkan urusan orang lain sekali akan dimudahkan Allah 1000 kali urusan dunianya.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Cik Maznah, Cik Fadzilah Ainon, Ust Mohd Fauzi, En Zulkapli, En Daniel Farid dan Pemandu Kanan En Mansor Asmawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan