Rabu, 3 Februari 2010
Penyusunan Destinasi Penghuni Asrama
Selepas solat Isyak warden yang menguruskan pengangkutan penghuni asrama vokasama En Zulhafizi Ahmad Rahim telah membuat agihan pelajar mengikut destinasi masing-masing. Nama dan alamat mereka diambil bagi tujuan menempah bas untuk balik kampung pada cuti tahun baru cina nanti.
Kebiasaannya pelajar dikumpulkan dari beberapa daerah untuk mencukupkan satu bas supaya proses menghantar mereka ke daerah masing-masing tanpa menanggung kerugian.
Mana-mana pelajar yang telah menempah tiket kemudian membatalkannya wang tidak akan dikembalikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
semua org tak sabar nak balik kampung dengan muka gembira
BalasPadam