Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 7 Februari 2010

Semak Kehadiran


Seperti biasa pagi ahad, selepas solat suboh semua penghuni asrama membentuk tadarus al-Quran di bawah pengawasan Ust Mohd Fauzi sehingga jam 7.30pg.
Selesai sarapan pagi, sebahagian pelajar dibenarkan beriadah di padang, membasuh baju atau melakukan aktiviti sendiri seperti menonton TV atau berbual-bual di surau.
Selepas jam 10 ramai ibu bapa datang melawat dan ada yang membawa anak mereka ke luar ke bandar.
Sepanjang ahad minggu ini pelajar boleh membuat aktiviti sendiri sehingga waktu magrib mereka berkumpul untuk mendengar taklimat Ketua Warden Asrama.
Kali ini Cikgu Azman memulakan taklimat dengan menyemak senarai penghuni asrama blok tingkatan 4 bagi memastikan kesemua pelajar yang balik kampung pada hari jumaat balik semula ke asrama sebelum 6 ptg.
Semua pelajar ada kecuali Nooraqilah Mohd Yusof kerana ibunya masih sakit di hospital Ipoh.
Beliau juga menerangkan aktiviti seminggu akan datang di asrama yang akan dilalui oleh pelajar.
Penerangan menarik beliau pada malam ini ialah tiga unsur dalam diri manusia yang perlu dijaga terutama di dalam solat. Iaitu perbuatan yang mesti menepati perbuatan solat, bacaan juga mesti menepati bacaan solat dan pekerjaan hati. Manusia biasa akan membiarkan hati atau fikiran mereka menerewang dalam soal keduaniaan ketika bersolat, maka sehingga bilapun solat tidak akan khusyuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan