Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Khamis, 4 Februari 2010

Malam Berkat





Malam jumaat adalah malam penuh berkat.Hari jumaat merupakan penghulu segala hari. Menurut kalender Islam, setiap hari bermula dengan waktu magrib bukan waktu tengah malam seperti yang kita fahami sekarang. Fahaman kita adalah diajar oleh negara barat. Kerana penjajahan barat menyebabkan fahaman kita juga terpesong.
Malam ini bacaan yassin dikhalifahkan oleh Ust Mohd Fauzi. Ust Mohd Fauzi mengumumkan bacaan yassin malam ini dikhususkan kepada ibu kepada pelajar tingkatan 4 Noraqilah bt Mohd Yusof dari G3 yang telah balik ke kampung pada 3feb 2010. Ibu beliau telah terkena serangan angin ahmar ketika sedang bekerja di dalam pejabat.
Hadir sama dalam program bacaan yassin ini ialah Penolong Kanan Hem En Wan Yusaini Wan Hassan, Ketua warden Asrama En Azman Shabudin, Warden En Shahabudin Hassan dan En Mohd Hanafiah Datuk Yusof.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan