Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 9 Februari 2010

Taklimat Vokasma





Walaupun bilangan pelajar yang mendaftar sekitar 20 orang sahaja, urusan pengambilan mesti dilaksanakan sama sahaja seperti seramai 200 orang.
Taklimat juga perlu diberikan seperti ambil pertama dan kedua.
Taklimat kali ini dipengerusikan oleh Penolong Kanan Hem En Wan Yusaini Wan Hassan. Beliau seterusnya menjemput Ketua Warden Asrama En Azman Shabudin memberi taklimat mengenai asrama. Ucapan seterusnya ialah dari Pengetua Cemerlang Vokasma Pn Siti Arfah Ibrahim.
Selesai taklimat kesemua pelajar baru ditemani ibu bapa masing-masing diiringi oleh pengawas blok untuk ke bilik masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan