Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 28 Februari 2010

Tazkirah Magrib





Selesai mengmbil kehadiran asrama, Cikgu Azman meneruskan tazkirah beliau. Kali ini beliau meminta penghuni asrama vokasma merenung mengenai nikmat Allah yang maha banyak yang didapati oleh manusia dan manusia gagal untuk mesyukurinya. Antara nikmat yang besar adalah nikmat Islam dan Iman.
Manusia tidak kagum dengan kejadian Allah sebaliknya mudah untuk kagum dengan perbuatan manusia. Manusia kagum melihat orang mencipta robot boleh naik tangga, kapat terbang peninjau tanpa pemandu, kasut yang mahal tetapi manusia gagal menghargai kejadian mata yang boleh melihat, rambut yang semakin panjang sedangkan bulu kening tidak panjang, tapak kaki semakin hari semakin tebal jika tiada beralas sedang kasut semakin haus.
Pada hari akhirat nanti semua manusia akan terpegun melihat buku catatan masing-masing kerana hanya sebuah buku catatan yang apabila dibuka ianya seperti komputer atau rakaman video camp yang boleh menayangkan semua amal manusia bermula dari akhir baligh hingga mati.
Beruntung orang beriman,auliak dan solihin kerana akan dapat masuk surga terus tanpa hisab sedangkan rugilah orang kafir yang terus masuk neraka juga tanpa hisap.
Sedangkan orang yang beriman yang ada dosa akan dibicarakan diseksa dengan neraka, maka jika kita berdosa bertaubatlah, sedangkan nabi lagikan bertaubat sebanyak 100 kali setiap hari.
Kuliah hari ini ditangguhkan kerana waktu isyak telah masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan