Waktu magrib ini hujan lebat. Semua penghuni asrama berada di surau.
Ketika hampir waktu magrib dua pelajar perempuan tingkatan 4 sakit dan agak meracau. Selepas solat magrib, PK Hem, Ketua Warden dan Warden Ust Mohd Fauzi, Cikgu Shahabudin, Cik Siti Nor Azalilah dan Cik Fadzilah Ainon berbincang mengenai pelajar sakit.
Lalu keputusan diambil dan keluarga mereka perlu segera dihubungi.
Sekitar hampir jam 2 pagi keluarga salah seorang dari mereka datang membawa kedua-dua yang berjiran itu balik ke kampung mereka untuk berehat dan bertenang.
Terima kasih kepada kesemua warden perempuan Cik Siti Nor Azalilah, Cik Fadzilah Ainon dan Cik Maznah kerana menugrus pelajar berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum.
BalasPadamDi sini saya nak berikan sedikit saranan. Memang setiap asrama ada masalah ini, tapi rasanya ianya terkawal. Apa kata kalau pihak pengurusan asrama dapatkan khidmat ahli perubatan alternatif untuk memagar di sekitar kawasan asrama. Kemudian adakan satu peraturan agar setiap pelajar perempuan diwajibkan menyediakan satu sistem atau cara untuk memusnahkan hasil kotoran agar tidak bersepah lalu memanggil balik entiti2 yang berada di sekeliling asrama. Ini adalah dari kesah2 yang saya perolehi dari pengalaman sendiri dan juga teman2 lain. Semuga anak2 kita akan sentiasa dapat menimba ilmu dengan selesa dan hati yang tenang, tanpa sebarang perasaan takut dan was2.