Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Rabu, 3 Februari 2010

Berita Sedih

Sekitar jam 10.30 malam seorang bapa saudara pelajar yang bernama Noraqilah bt Mohd Yusof dari lenggong telah datang menjemput anak saudaranya kerana ibu beliau yang bernama Nafisah telah terkena serangan strok.
Jam 5.30 ptg tadi kakak beliau dari KL telah memaklumkan kepada Ketua Warden bahawa emaknya telah terkena serangan berkenaan ketika masih di dalam pejabat beliau iaitu PTG Daerah lenggong. Menurut kakaknya, emak mereka baru berusia 51tahun tidak ada sebarang penyakit serius kecuali sedikit darah tinggi telah dibawa ke hospital Ipoh dengan ambulan kerana tidak sedarkan diri di pejabat.
Penghuni aspuri telah membacakan yassin untuk keselamatan ibu Noraqilah dan memohon supaya Allah sembuhkan penyakit yang dialami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan