Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Isnin, 15 Februari 2010

Selamat Balik Semula Ke Asrama

Kepada semua penghuni asrama vokasma....

Jangan lupa balik semula ke asrama pada hari selasa 16 Feb 2010 sebelum 6 petang. Sepanjang menguruskan asrama, pada kebiasaannya pada hari dan masa yang ditetapkan tidak akan berlaku kesemua 100% penghuni asrama akan balik. Antara masalah atau alasan yang akan kemukakan kepada waden kerana tidak balik semula ke asrama biasalah ialah;

1.Tiket bas habis.
2.Ada hal seperti kenduri atau sambutan hari keluarga.
3.Ibu bapa seret anak bercuti sama.
4.Sakit
5.Kenderaan rosak.
6.Penipuan

Yang dimaksudkan dengan penipuan ialah ada pelajar yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke stesyen bas tetapi mereka melencong ke tempat lain seperti rumah kawan, rumah kekasih atau rumah angkat(bapa,emak,abang,kakak dll angkat)

Amaran kepada pelajar yang tidak ada di asrama sewaktu pemeriksaan dibuat selepas solat magrib, ibu bapa mereka akan dihubungi dan surat amaran akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan asrama dan kesalahan mereka akan direkodkan dan kad disiplin melainkan mereka yang memberi bukti secara bertulis kepada Ketua Warden Asrama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan