Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Jumaat, 5 Februari 2010

Jumaat Yang Sibuk



Jumaat 5feb2010 genab dua minggu pelajar tingkatan 4 tinggal di asrama. Barangkali ramai pelajar tingkatan 4 yang belum pernah berpisah dengaan ibu bapa masing-masing. Bukan sahaja pelajar baru yang bertalu-talu berjumpa KWA dan PK Hem di asrama dan sekolah tetapi ibu bapa mereka juga sibuk menalifon dan menghantar SMS bertanyakan hal anak mereka.
Hasil perbincangan bersama kami telah mengambil keputusan para pelajar mesti memohon dengan menulis surat dan ibu bapa atau mereka yang mempunyai kad pelawat boleh mengambil anak mereka pada hari jumaat selepas waktu persekolahan.
Maka pada hari ini seramai 58 pelajar tingkatan 4 telah balik ke kampung. Sementara 12 lagi adalah pelajar tingkatan 5 yang mempunyai masalah seperti sakit dan ada hal mustahak yang tidak dapat dielakkan, menjadikan jumlah mereka yang balik pada hujung minggu ini berjumlah 70 orang.
Pergerakkan atau aktiviti pelajar seperti balik kampung, ke hospital atau keluar bandar menyebabkan petugas PW memang sibuk, sebab itu mereka diberi beberapa seperti keistimewaan seperti kemudahan prep di PW ada econ dan peti sejuk.Diharapkan mereka boleh mengunakan kemudahan dengan baik, menghargai masa dan tidak melanggar peraturan asrama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan