Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Khamis, 11 Februari 2010

Al-Fatihah buat Ibu Nor Aqilah





Sekitar jam 6.45 petang ini nenek dan ibu saudara Nor Aqilah Mohd Yusof datang membawa beliau pulang ke Lenggong kerana ibu beliau Pn Nafisah Bt Mohd Yunus telah kembali ke rahmatullah setelah tidak sedarkan diri selama 10 hari di wad kecemasan di hospital Ipoh. Pada 3 feb lalu beliau telah pulang bersama ibu saudaranya kerana ibunya yang berusia 51 tahun tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika sedang bekerja di pejabat,PTG Lenggong.
Semua penghuni asrama vokasma telah dipimpin oleh Ust Mohd Fauzi telah berniat menghadiahkan pahala bacaan yassin untuk ibu Nor Aqilah dan berdoa semoga roh beliau di tempatkan bersama orang yang solleh.
Nenek Noraqilah ada menyebutkan bahawa selepas ini beliau akan selalu teringatkan ibunya ketika memandang blok H kerAna di blok tersebut terpampang tulisan nama ibu beliau NAFISAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan