Ahad, 28 Februari 2010
Tazkirah Magrib
Selesai mengmbil kehadiran asrama, Cikgu Azman meneruskan tazkirah beliau. Kali ini beliau meminta penghuni asrama vokasma merenung mengenai nikmat Allah yang maha banyak yang didapati oleh manusia dan manusia gagal untuk mesyukurinya. Antara nikmat yang besar adalah nikmat Islam dan Iman.
Manusia tidak kagum dengan kejadian Allah sebaliknya mudah untuk kagum dengan perbuatan manusia. Manusia kagum melihat orang mencipta robot boleh naik tangga, kapat terbang peninjau tanpa pemandu, kasut yang mahal tetapi manusia gagal menghargai kejadian mata yang boleh melihat, rambut yang semakin panjang sedangkan bulu kening tidak panjang, tapak kaki semakin hari semakin tebal jika tiada beralas sedang kasut semakin haus.
Pada hari akhirat nanti semua manusia akan terpegun melihat buku catatan masing-masing kerana hanya sebuah buku catatan yang apabila dibuka ianya seperti komputer atau rakaman video camp yang boleh menayangkan semua amal manusia bermula dari akhir baligh hingga mati.
Beruntung orang beriman,auliak dan solihin kerana akan dapat masuk surga terus tanpa hisab sedangkan rugilah orang kafir yang terus masuk neraka juga tanpa hisap.
Sedangkan orang yang beriman yang ada dosa akan dibicarakan diseksa dengan neraka, maka jika kita berdosa bertaubatlah, sedangkan nabi lagikan bertaubat sebanyak 100 kali setiap hari.
Kuliah hari ini ditangguhkan kerana waktu isyak telah masuk.
Kehadiran Asrama
Setiap ahad hari balik semula ke asrama pemeriksaan kehadiran asrama perlu dilakukan. Ini kerana ada sebilangan pelajar sering mengambil kesempatan untuk tidak balik semula ke asrama walaupun mereka ternyata telah meninggalkan rumah masing-masing.
Kehadiran asrama biasanya dibut selepas solat magrib oleh Ketua warden En Azman Shabudin.
Pada minggu ini didapati seramai 26 dari 423 penghuni asrama Vokasma gagal untuk menghadirikan diri. 7 dari 26 pelajar adalah puteri. Ibu bapa mereka akan segera dihubungi.
Khamis, 25 Februari 2010
Balik Kampung
Jem
Forum maulidurasul tamat jam 12.15 tgh. Semua pelajar asrama dihadangkan makan tengahari.
Tepat jam 12.45tgh bas sekolah dan bas luar mula bergerak untuk menghantar pelajar untuk ke stesyen bas atau balik ke destinasi masing-masing.
Sedangkan di dewan vokasma ibu bapa masih rancak bermesyuarat.
Laluan hadapan dewan menjadi sempit kerana ramai kalangan ibu bapa memakirkan kenderaan mereka di bahu jalan.
Keadaan menjadi sesak selama 20 minit apabila bas sekolah tidak keluar. Sedangkan ada ibu bapa mula menuju ke asrama dengan pelbagai alasan masing-masing.
Barisan Panelis Forum
En Abdul Hakim memulakan forum dengan memanggil ahli panel pertama Cikgu Azman Shabudin yang menceritakan bagaimana keadaan manusia di atas muka bumi sebelum kelahiran Rasulullah.Selepas lebih 1431 Rasulullah meninggalkan kita tetapi ajaran beliau gagal dipadamkam oleh musuh-musuh Islam.
Ahli penel kedua En Jalaludin as-Sayuti pula menceritakan bagaiman keadaan Rasulullah setelah menerima wahyu. Bagaimana hendak menyampaikan ajaran Islam sedangkan orang lain semua jahil tentang apa yang belaiu ketahui.Beliau sempat menyanyikan serangkap lagu raihan berkenaan dengan Rasulullah.
Ahli panel ketiga Ustaz Syed Sharim memulakan dengan menegaskan bahawa rasa cinta Rasul seharusnya menjadi milik semua muslim. Kerana kehebatan Rasulullahlah maka Islam dapat sampai kepada kita semua.Seterusnya belaiau menghuraikan berkaitan dengan wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah.
Ahli panel yang ketiga Ust Mohd Fauzi menjelaskan mengeni akhir zaman orang tak mahukan sunnah nabi sebaliknya memilih untuk mengamalkan sunnah yang tiada kaitan dengan Islam seperti pakaian yang menjolok mata dan sebagainya.
Forum - Cinta Rasul
Sambutan maulid kali ini diadakan forum. Sebelum perantara forum En Abdul Hakim memulakan forum pelajar telah diperdengar alunan berzanji secara latar yang menceritakan kehebatan Rasulullah. Seterusnya En Abd Hakim memulakan dengan bacaan al-Quran.
Seterusnya beliau menjemput barisan anli panel iaitu En Azman Shabudin, En Jalaludin as-Sayuti Mohd Zaki, Ust Syed Sharim Sayid Khalim dan Ust Mohd Fauzi Mohd Nor.
Persembahan Pelajar
Selepas solah dhuha pelajar bersama guru berselawat yang diketuai oleh Ketua Pengawas Mohd Azizi.
Diikuti oleh persembahan nasyid asrama yang telah menyampaikan 3 lagu yang memuji kehebatan Rasulullah. Seterusnya seorang pelajar ting 4 bercerita tentang kisah kelahiran dan kerasulan Rasulullah. Akhir sekali persembahan sajak dari pelajar puteri yang memuji Rasulullah.
Solat Dhuha
Sambutan Maulid
Pagi ini mesyuarat PIBG di dewan Vokasma. Semua ibu bapa dan guru dikehendaki berada di dewan vokasma. Sementara semua pelajar di kehendaki berada di dalam surau untuk mengikuti majlis Sambutan Maulidurasul 1431 hijrah.
Jam 9.30 pagi minum pagi disediakan kepada semua pelajar termasuk pelajar yang tinggal di luar asrama.
Rabu, 24 Februari 2010
Sampel Makan Tengahari
Perhimpunan Unit Beruniform
Selasa, 23 Februari 2010
Kuliah Magrib -Ust Mohd Amini Ali
Kuliah magrib malam ini disampaikan oleh Ust Amini. Beliau menyentuh mengenai sirah nabi dan menfokuskan kepada maulidurasul yanga akan disambung minggu ini. Antara perkara yang diberi perhatian ialah 3 peristiwa besar yang berlaku pada 12 rabiulawal iaitu 1.Kelahiran Rasulullah 2.Penghijrahan baginda 3.Kewafatan baginda. Sebagai umat Islam kita harus berfikir mengapa kebetulan tarikh itu yang Allah tentukan.
Jemputan dari PPD
Sarapan Pagi
Isnin, 22 Februari 2010
Pemeriksaan Dorm
Setiap isnin malam selasa selepas solat magrib pemeriksaan dorm dilakukan oleh warden. Itulah realiti tugas warden dan kehidupan di asrama vokasma. Malam ini pemeriksaan blok J dilakukan oleh Ust Mohd Fauzi,blok K Cikgu Azman, Blok L Cikgu Shahabudin, blok M Cikgu Mohd Onie,blok N Cikgu Hanafiah dan blok P Cikgu Wan. Sementara blok perempuan ketiga-tiga warden perempuan.
Ahad, 21 Februari 2010
Kuliah Magrib
Langgan:
Catatan (Atom)