Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 20 April 2010

Tazkirah Ringkas




Vokasma> Selesai bacaan al-Mathurat Cikgu Azman memberi ingatan ringkas berkaitan asrama. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah kebersihan dorm,penggunaan elektrik dan air dan kebersihan diri. Sekitar jam 8.20mlm ada pelajar memohon untuk menghadiri kelas tambahan.
Apabila dibenarkan ke kelas tambahan, ramai yang ambil kesempatan. Pelajar yang tidak mempunyai kelas tambahan akan berduyun-duyun keluar dari surau menuju ke dorm dan sewaktu semua orang solat, mereka akan menyorok di dorm. Tujuan mereka hanya satu iaitu melanggar peraturan arama; sengaja duduk dalam dorm, ambil kesempatan untuk merokok, curiguna handset, malas hendak mendengar nasihat warden dan malas solat isyak.
Malam ini beberapa orang telah tertangkap, diharapkan hari berikutnya pelajar akan mempunyai lebih kesedaran diri bahawa mereka sebenarnya sedang DITARBIYAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan