Jumaat, 30 April 2010
Hari Jumaat
Vokasma>
Hari jumaat- masalah 2
Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, berduyun-duyun pelajar menyerbu pejabat warden. Mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak sambil mengeluarkan perkataan yang kotor dan menyakitkan hati petugas pejabat warden jika buku mereka tidak diberikan. Mereka juga mendakwa kononnya ibu bapa mereka telah lama menunggu sambil menunjuk-nunjuk pada kereta yang datang. Padahal ada yang menipu, tumpang kawan ke stesyen bas dan sebagainya.
Penyelesaiannya, PK Hem telah membuat syarat bagi mereka yang ingin balik awal bersama ahli keluarga masing-masing perlu membuat permohonan bertulis dengan alasan masing-masing kepada PK Hem selewat-lewatnya pada pagi khamis.
Antara alasan balik sebelum solat jumaat ialah ibu bapa tidak boleh ambil selepas solat kerana terikat dengan waktu pejabat, ingin mengikut keluarga balik ke kampung dan sebagainya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan