Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Sabtu, 10 April 2010

Gambar Kenangan Abadi Vokasma





Gambar kenangan abadi vokasma ini dirakamkan kerana mengenangkan kisah 1994/95.
Gambar kenangan bersama ketua pengawas Mohd Azli Mohd Yusof, beliau kini berjawatan pengurus utama di sebuah syarikat servis peralatan hospital di seluruh Malaysia. Kenangan juga diabadikan bersama Norazmah Nordin(5Nuetron) dan suaminya(JDI).Beliau kini mempunyai kehidupan yang cukup berjaya walaupun zaman persekolahan merupakan merupakan salah seorang penghuni asrama vokasma yang sangat nakal.
Lebih utama kenagan malam itu ialah kenangan bersama mentor dalam sistem pengurusan asrama En Hamzah Abu Hassan.Beliau merupakan orang pertama memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi ketua warden asrama Vokasma walaupun pada masa itu baru 6 bulan saya bertugas sebagai guru dan warden asrama.
Walaupun ramai yang sudah balik kerana kelewatan En Hamzah, saya dan En Rosli Samot dan beberapa pelajar sempat berbual dengan bekas pengertua Vokasma ini. Kini beliau bertugas sebagai Pengetua Kolej WIT cawangan Kelang. Kami berwsurai sekitar jam 1.15pagi.

1 ulasan:

  1. salam, kalau tahu en hamzah datang, mesti kami tunggu jugak. tak ada rezeki.

    BalasPadam