Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Rabu, 28 April 2010

Tazkirah Dari Bekas Pelajar





Vokasma>
Hari ini asrama telah diziarahi oleh 2 orang bekas pelajar STESMA sesi 2004/05, iaitu saudara Hafiz dan Faiz. Mereka telah tamat pengajian diploma dari Politeknik Ungku Omar Ipoh.
Dalam tazkirah ringkas, sdr Hafiz menceritakan zaman mereka berada di asrama dan bagaimana asrama yang telah berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna. Ringkasnya asrama STESMA telah berjaya menjadikan beliau manusia yang mengenal buruk dan baik, disiplin dan peraturan hidup.
Sementara sdr Faiz pula menceritakan suasana kehidupan asrama terutama sewaktu solat suboh dan ganjaran serta balasan mereka yang tidak solat suboh dan tidak berdisiplin.
Kesimpulannya, mereka yang berjaya selalu akan ingat tempat mereka jatuh.

Selesai tazkirah sekitar jam 9.50mlm, semua yang hadir solat isyak secara berjamaah diimankan oleh ust Mohd Lotpi Razali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan