Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Sabtu, 10 April 2010

Kejayaan Bekas Vokasma 1994/95





Sekitar 60 bekas penghuni Vokasma 1994/95 yang hadir pada malam ini. Kesemuanya yang hadir adalah mereka yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Paling mengembirakan sebahagian besar meneruskan kerjaya dalam bidang elektrik dan elektronik. Ada juga yang menjadi pensyarah atau tenaga pengajar di IKM,ILN dan JMTI.
Tahniah kepada semua pelajar, sebagai ketua warden yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan mereka tentulah tentulah merasa amat bangga dengan kejayaan mereka.
Masih lagi pelajar bertanya,"ada lagi ke motorsikal cikgu tu?". Pelajar lain pula menjawab,"ada lagi, cat birupun ori macam 15 tahun dulu, motor tu...kalau bunyi ketika kami ponteng prep...berselerak lari...". Saya hanya tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan