Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Jumaat, 30 April 2010

Balik Kampung Pilihan

Vokasma>

Minggu ini seramai 30 orang penghuni vokasma tidak balik kampung.
Sementara seramai 72 orang pula telah terpilih mewakili vokasma ke SMV Lebuh Cator dalam Kejohanan Antara Vokasional/Teknik Perak.

Walaupun diberitakan bahawa selama 3 minggu mereka tiadak akan dibenarkan balik kampung namun pelajar yang tinggal jauh ini masih yakin bahawa mereka tahan untuk tidak balik melebihi sebulan.
Minggu hadapan 7,8 dan 9 Mei 2010 - semua penghuni Vokasma tidak dibenarkan balik kerana ada kursus "turning point" akan akan berjalan hingga seminggu.
Minggu berikutnya 15,16 Mei 2010 - pula akan diadakan gotong-royong perdana dan qiammullail.
Pada 21-22 Mei 2010 pelajar dibenarlkan balik tetapi MULAI 24 MEI HINGGA 4 JUN PEPERIKSAAN PERTENGAHA TAHUN 2010 AKAN DIADAKAN.

Mulai 5 Mei HINGGA 20 MEI 2010 -CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2010

Hari Jumaat





Vokasma>
Hari jumaat - Masalah 3

Hari jumaat minggu balik kampung, makan tengahari disediakan kepada semua pelajar. Apabila dibuat soal selidik secara angkat tangan, semua pelajar mendakwa mereka akan makan tengahari sebelum balik kampung. Tetapi saban jumaat -makan tengahari dibuang kedalam tong sampah oleh petugas DM. Hanya separuh pelajar yang akan makan terutama peljar perempuan.
Penyelesaian:
Kita sudah dapat menjangkakan hanya separuh sahaja pelajar akan makan tenghari jumaat dan ahad malam isnin. Mungkin kereka terlalu teruja untuk bertemu ahli keluarga masing-masing atau ada sebab-sebab yang sukar dijangkakan dan langsung tidak lalu makan.

Hari Jumaat


Vokasma>
Hari jumaat- masalah 2

Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, berduyun-duyun pelajar menyerbu pejabat warden. Mereka berebut-rebut dan bertolak-tolak sambil mengeluarkan perkataan yang kotor dan menyakitkan hati petugas pejabat warden jika buku mereka tidak diberikan. Mereka juga mendakwa kononnya ibu bapa mereka telah lama menunggu sambil menunjuk-nunjuk pada kereta yang datang. Padahal ada yang menipu, tumpang kawan ke stesyen bas dan sebagainya.
Penyelesaiannya, PK Hem telah membuat syarat bagi mereka yang ingin balik awal bersama ahli keluarga masing-masing perlu membuat permohonan bertulis dengan alasan masing-masing kepada PK Hem selewat-lewatnya pada pagi khamis.
Antara alasan balik sebelum solat jumaat ialah ibu bapa tidak boleh ambil selepas solat kerana terikat dengan waktu pejabat, ingin mengikut keluarga balik ke kampung dan sebagainya.

Hari Jumaat




Vokasma>
Hari jumaat-masalah 1.
Hari ini jumaat minggu balik kampung.
Semua pelajar ingin balik awal iaitu selepas tamat waktu sekolah.
Jika pelajar asrama vokasma diberi balik awal,akan kedapatan mereka memboceng motorsikal kawan, lepak-lepak di station bas Manjung dengan pakaian biasa, sambil menghisap rokok, masuk cyber cafe atau berdating.
Mereka melepak-lepak tanpa rasa bersalah sedangkan semua muslim lelaki ke masjid menunaikan solat jumaat.
Keadaan ini memang mencemarkan suasana dan sebagai penyelesiaannya ialah semua penghuni asrama Vokasma Wajib naik bas yang disediakan oleh pihak pengurusan asrama.
Sementara pelajar yang ingin balik awal(sebelum solat jumaat) semuanya mesti ditemani oleh ahli keluarga masing-masing

Khamis, 29 April 2010

Mesyuarat Warden Puteri





Vokasma>
Selepas solat Isyak, En Wan Yusaini dan En Azman Shabdin telah mengadakan pertemuan dengan warden puteri.
Cik Siti Noor Azalilah, Cik Maznah dan Cik Ainon Fadzilah telah mengemukakan banyak idea dan pandangan dalam menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berkaitan dengan isu pelajar puteri.
Mesyuarat selesai kira-kira jam 10.20 malam.

Magrib



Vokasma>
Magrib hari ini diimamkan oleh Ust Mohd Fauzi.
Selepas solat Ust Mohd Fauzi mengkhalifahkan bacaan yassin.
Kemudian beliau menyanbungkan kuliah hadis.
Kuliah hadis malam ini berkisar soal taman-taman syurga yang patut direbut oleh manusia muslim di atas muka bumi ini.
Selesai solat magrib, Ketua Warden En AZman Shabudin menyampaikan taklimat berkaitan dengan urusan balik kampung dan PK Hem En Wah Yusaini memberi taklimat berkaitan soal kejohanan KATV yang akan berlangsung pada 30 april 2010 di Ipoh.

Rabu, 28 April 2010

Tazkirah Dari Bekas Pelajar





Vokasma>
Hari ini asrama telah diziarahi oleh 2 orang bekas pelajar STESMA sesi 2004/05, iaitu saudara Hafiz dan Faiz. Mereka telah tamat pengajian diploma dari Politeknik Ungku Omar Ipoh.
Dalam tazkirah ringkas, sdr Hafiz menceritakan zaman mereka berada di asrama dan bagaimana asrama yang telah berjaya mendidik mereka menjadi insan berguna. Ringkasnya asrama STESMA telah berjaya menjadikan beliau manusia yang mengenal buruk dan baik, disiplin dan peraturan hidup.
Sementara sdr Faiz pula menceritakan suasana kehidupan asrama terutama sewaktu solat suboh dan ganjaran serta balasan mereka yang tidak solat suboh dan tidak berdisiplin.
Kesimpulannya, mereka yang berjaya selalu akan ingat tempat mereka jatuh.

Selesai tazkirah sekitar jam 9.50mlm, semua yang hadir solat isyak secara berjamaah diimankan oleh ust Mohd Lotpi Razali.

Tazkirah Kaunselor





Vokasma>
Hari ini kuliah magrib diimamkan oleh PK Ust Mohd Lotpi Razali.
Selepas wirid dan doa beliau memberi ucapan ringkas dengan ucapan syukor kehadrat Allah kerana terus memberi izin kepada semua yang untuk meneruskan kehidupan.
Seterusnya, beliau menjemput guru kaunselor Vokasma En Abdul Hakim Mustor untuk memberi sedikit Tazkirah.
En Abdul Hakim menceritakan tentang kebesaran Allah sambil memasang bacaan al-Quran beberapa surah dari Syeih Abd Basit. Beliau juga memyediakan beberapa soalan kuiz dan memberi hadiah kepada yang dapat menjawabnya.

Ahad, 25 April 2010

Al-Fatihah Buat Bapa Sir Izarif





Vokasma>
Malam tadi bapa guru bahasa inggeris Vokasma Cikgu Izarif telah meninggal dunia di Kangar, Perlis.
Sekitar jam 7 pagi ini Penolong Kanan Ust Mohd Lotpi Razali, Pengerusi KGKT En Haris Nordin, Ketua Wrden En Azman Shabudin dan Cikgu Jalaludin as-Sayuti Mohd Zaki telah mewakili pihak Vokasma menuju ke Perlis.
Majlis pengebumian telah disempurnakan sekitar jam 11 pagi.
Semoga cikgu Izarif dan sekeluarga bersabar dengan ujian Allah ini.

Sabtu, 24 April 2010

Kursus Kepimpinan Vokasma

Vokasma>
Kursus kepimpinan untuk pelajar vokasma 2010 telah diadakan seawal 7.30 pagi di surau Vokasma.
Aktiviti dimulakan dengan ceramah kepimpinan oleh En Hamidon yang kini bertugas di PPD Manjung.
Banyak aktiviti menarik yang telah beliau adakan yang berjaya memprovok semua yang terlibat.
Ceramah beliau berakhir kira-kira jam 10 pagi.

Rehat





Vokasma>
Selepas 2 jam mengikut ceramah dan aktiviti dari guru kaunselor SMAP yang kini bertugas di PPD Manjung, pelajar dan guru menjamah sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak asrama.

Bengkel





Vokasma>
Selepas waktu rehat para pemimpin pelajar vokasma telah dipecahkan kepada kumpulan masing-masing iaitu majlis ketua tingkatan bergerak ke DM perempuan, peers ke DM lelaki, pengawas ke bengkel JDI dan pengewas asrama kekal di surau.
Dalam bengkel ini, pelajar diminta untuk mencari kelemahan yang tedapat dalam pengurusan masing-masing, mencari jalan penyelesaian dan membentangkalnya sebagai rumusan di hadapan kumpulan lain dan fasi masing-masing.
Banyak idea-idea kreatif yang cuba dilontarkan oleh kepimpinan vokasma kali ini.

Ikrar Kepimpinan




Vokasma>
Ikrar kepimpinan sekolah telah diketua oleh Sdr Akram. Dalam ikrar ini semua pelajar yang terpilih sebagai pemimpin vokasma akan menjalankan tugas masing-masing sesuai dengan jawatan/amanah yang diserahkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Majlis Penutup





Vokasma>
Majlis Penutup Kursus Kepimpinan sekolah tahun ini telah disempurnakan oleh Pn Pengetua Vokasma Pn Siti Arfah Ibrahim.
Majlis dimulakan sekitar jam 12.10 tengahari dimulakan oleh pengerusi majlis Sdri Umi Syafiqah Mohd Zaki dengan menjemput Sdr Ilyasyak membacakan doa,Ikrar oleh Sdr Akram dan ucapan Ketua Pelajar Vokasma 2010 Sdr Mohd Azizi.
Seterusnya PK Hem En Wan Yusaini memberikan ucapan yang menekankan soal kejayaan dan keberkesanan dalam kepimpinan.
Dalam ucapan penutupnya, Pn Pengetua memuji para pelajar yang terpilih, berbakat dan berani menunjukkan kebolehan masing-masing sesuai dengan visi sekolah.

Jamuan Penutup Bersama Pengetua





Vokasma>
Kursus kepimpinan sekolah tahun 2010 ditutup dengan jamuan untuk semua guru dan fasi yang terlibat.

Rabu, 21 April 2010

Taklimat PK Hem


Vokasma> Dalam taklimatnya malam ini, PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan masih menekankan soal kesihatan pelajar.
Aspek kedua penting yang ditekankan ialah tidak mematuhi jadual balik semula ke asrama, selepas dibenarkan balik kampung.
Aspek ke tiga ialah tidak mematuhi etika balik kampung. Ramai kalangan penghuni asrama Vokasma tidak balik ke kampung sebaliknya balik ke rumah kawan.
Perkara ini akan ditekankan pada balik kampung akan datang iaitu pada 1 mei 2010.

Selasa, 20 April 2010

Tazkirah Ringkas




Vokasma> Selesai bacaan al-Mathurat Cikgu Azman memberi ingatan ringkas berkaitan asrama. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah kebersihan dorm,penggunaan elektrik dan air dan kebersihan diri. Sekitar jam 8.20mlm ada pelajar memohon untuk menghadiri kelas tambahan.
Apabila dibenarkan ke kelas tambahan, ramai yang ambil kesempatan. Pelajar yang tidak mempunyai kelas tambahan akan berduyun-duyun keluar dari surau menuju ke dorm dan sewaktu semua orang solat, mereka akan menyorok di dorm. Tujuan mereka hanya satu iaitu melanggar peraturan arama; sengaja duduk dalam dorm, ambil kesempatan untuk merokok, curiguna handset, malas hendak mendengar nasihat warden dan malas solat isyak.
Malam ini beberapa orang telah tertangkap, diharapkan hari berikutnya pelajar akan mempunyai lebih kesedaran diri bahawa mereka sebenarnya sedang DITARBIYAH.

Pelajar Culas


Vokasma> Setiap kali ada aktiviti asrama pasti ada pelajar yang culas. Akan ada pelajar yang tidak mahu memperdulikan aktiviti asrama. Setiap kali aktiviti asrama warden akan bersama-sama, tetapi pelajar yang suka ponteng tidak memperdulikan itu semua. Mereka bebas tetap dengan dunianya tersediri sehingga tertangkap.
Malam ini sewaktu semua orang sibuk membaca al-Mathurat ada pelajar yang duduk bersandar letak songkok dilutut, pegang al-Mathurat dan tidur.
Beliau diseret oleh Cikgu Azman ke hadapan surau dan duduk bersama-sama imam.