Selasa, 18 Mei 2010
Prep...Prep
Vokasma>
Minggu ini agak baik bagi warden yang menilai waktu prep.
Penghuni vokasma menapati masa.
Prep petang tepat jam 3.30petang dan balik sekitar jam 4.45 petang setelah mendengar azan asar.
Sementara prep malam, mulai 9.10 malam semua telah berada di lokasi prep masing-masing.
Dan yang agak ketara berlaku perubahan di mana hampir kesemua pelajar menepati waktu tamat prep iaitu pelajar puteri tamat waktu prep jam 10.00malam dan pelajar lelaki turun dari bangunan kelas selepas jam10.30malam.
Minggu ini PK Hem berada di lokasi kelas memerhati perjalanan prep.
Semoga keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelang pada 24.5.2010 akan memberi impak yang lebih baik akibat prep yang bersungguh-sungguh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan