Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 9 Mei 2010

Aktiviti Hujung Minggu





Vokasma>
Minggu tidak balik kampung banyak sekali aktiviti asrama vokasma.
Bermula selepas solat jumaat, seramai 30 pelajar terpilih telah dikumpul di hujung pagar hitam, mendirikan khemah dan melakukan aktiviti kembara malam. Mereka hanya tidur hanya beberapa jam sahaja.
Pagi sabtu pula diadakan aktiviti bersama MSU universiti untuk ting 5 dan demonstrasi memasak untuk ting 4 yang berminat. Pelajar-pelajar lain ke kelas prep seperti biasa.
Magrib pula ada sedikit taklimat dari Ust mohd Fauzi dan PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan.
Hari ahad selepas solat magrib pula Ketua Warden En Azman Shabudin memberi sedikit Tazkirah berkaitan dengan tatacara dan penyesuaian diri hidup di asrama. Beliau juga menyentuh tentang hadis Rasulullah saw iaitu" apabila mati anak adam terputus segala amalannya melainkan amal jariah yang dilakukan, ilmu berguna yang diajarkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan