Ahad, 2 Mei 2010
Balik Dari Kampung
Vokasma>
Semua penghuni asrama vokasma tahu bahawa hari ahad balik dari kampung pasti ketua warden atau mana-mana warden akan membuat pemeriksaan kehadiran disurau selepas solat magrib. Namun begitu masih ramai yang sengaja gagal menghadirkan semula keasrama seperti yang ditentukan.
Maka,
bila balik dari kampung memang ada masalah.
Bilangan penghuni asrama vokasma tidak akan mencukupi sepertimana mereka balik ke kampung pada hari jumaat lalu.
Keadaan ini telah menjadi kebiasaan di kalangan penghuni asrama.Apabila diselidiki pelbagai alasan diberikan.
Satu tindakan tegas dan amatlah perlu dilaksanakan, namun tindakan ini perlu mendapat kerjasama dari ibu bapa, kerana antara faktor gejala ini berlaku adalah kerana ibu bapa sendiri menyebelahi anak-anak dan tidak menghormati peraturan.
Bilangan yang tidak balik kampung kali ini mencecah 32 orang daari 430.
Walaupun peratusanya kecil tetap ianya menjadi seperti BARAH yang boleh merebak pada bila-bila masa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan