Khamis, 27 Mei 2010
Mesyuarat Warden
Vokasma>
Mesyuarat warden kali ini telah diadakan bagi membincangkan pemasalahan semasa penghuni vokasma.
Permasalahan penghuni asrama memang tidak pernah selesai.
Sekali ada asrama, ada penghuni asrama, selagi itulah ada masalah.
Selasa, 25 Mei 2010
Setahun Dalam Kenangan
Vokasma>
Pada 24 Mei 2009 adalah merupakan konsert kumpulan Rabani yang diketuai oleh Ust Asri bersama Ust Akwan kali terakhir di SM Teknik Seri Manjung.
Lebih kurang dua bulan kemudian diapun meninggal dunia.
Mengikut Ust Akwan SM Teknik Seri Manjung merupakan sekolah teakhir kumpulan Rabbani membuat persembahan dan ceramah motivasi bersama Ust Asri.(Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, Amin yaAllah).
Isnin, 24 Mei 2010
Solat Hajat Dan Doa
Sabtu, 22 Mei 2010
Sarapan di Muara Setia Kawan
Vokasma>
walaupun semua penghuni asrama vokasma balik ke kampung namun dua beranak iaitu Sdr Abd Hadi Azman dan emak saudaranya Siti Khalilah Shabudin bersarapan pagi di One Stop Fishing Centre Kg Sitiawan.
Di sana mereka bertemu warga vokasma yang lain iaitu PK Ko En Zulkifli dan Ust Syed Sharim.
Menu utama makan pagi yang agak mengancam ialah CAPATI.
Kesemua masakannya, ikan fresh baru naik dari laut.
Hujan Memanjang
Jumaat, 21 Mei 2010
Balik Kampung
Vokasma>
Hari ini genap 4 minggu penghuni asrama Vokasma tidak balik kampung. Bagaikan tak balik kampung setahun, mereka berlari,berlumba, berkejaran dan suasana kelihatan tak sabar sebaik selesai waktu persekolah.
Paling menyedihkan cuma sekitar 20% sahaja pelajar yang turun makan tengahari. Menu hari ini ialah gulai daging dan sayur sawi.
Nasib baik ada rumah anak yatim kat batu 10, kalau tidak pembaziran tentu berlaku, sepertimana biasa barang tak habis akan masuk tong sampah.
Khamis, 20 Mei 2010
Jumaat Yang Syahdu
Vokasma>
Seperti biasa aktiviti penghuni asrama Vokasma setiap malam jumaat ialah memohon keberkatan Allah dengan membaca yassin. Namun malam jumaat ini merupakan malam yang syahdu kerana hujan renyai-renyai turun sejak waktu magrib sehingga jam 12 malam.
Kerana amalan ini telah menjadi kebiasaan dan para penghuni asrama memang telah cekap membaca yassin dan ramai juga yang telah mampu menghafalnya.
Lantaran itu bacaan mereka lancar dan laju. Kebiasaannya 15-20 akan selesai bacaan surah yassin.
Kerana itu selepas baacaan yassin Ust Mohd Fauzi akan memberikan tazkirah.
Malam ini beliau menyentuh persoalan kubur dan azab yang akan dikenakan kepada penghuni kubur bagi mereka yang mengabaikan pengajaran Islam.
Satu persoalan yang ditimbulkan,"Kalau kita pukul kawan mana ada sehingga terbenam dalam dalam tanah, tapi kalau malaikat mungkar dan nangkir pukul akan masuk ke dalam tujuh lapisan bumi".
Rabu, 19 Mei 2010
Taklimat Kaunselor Vokasma
Selasa, 18 Mei 2010
Prep...Prep
Vokasma>
Minggu ini agak baik bagi warden yang menilai waktu prep.
Penghuni vokasma menapati masa.
Prep petang tepat jam 3.30petang dan balik sekitar jam 4.45 petang setelah mendengar azan asar.
Sementara prep malam, mulai 9.10 malam semua telah berada di lokasi prep masing-masing.
Dan yang agak ketara berlaku perubahan di mana hampir kesemua pelajar menepati waktu tamat prep iaitu pelajar puteri tamat waktu prep jam 10.00malam dan pelajar lelaki turun dari bangunan kelas selepas jam10.30malam.
Minggu ini PK Hem berada di lokasi kelas memerhati perjalanan prep.
Semoga keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelang pada 24.5.2010 akan memberi impak yang lebih baik akibat prep yang bersungguh-sungguh.
Tazkirah
Vokasma>
Seperti biasa aktiviti asrama vokasma setiap selasa selepas solat magrib diadakan bacaan al-Mathurat secara berjamaah dikhalifahkan oleh Ust Mohd Fauzi. Selesai bacaan ada sahaja peringatan atau teguran yang diberikan demi untuk membentuk perilaku dan sikap para semaja vokasma.
Itulah sikap du'at(orang yang berdakwah) tidak jemu-jemu untuk bercakap, menegur, mengherdik dan mendidik penghuni vokasma yang melanggar peraturan Allah mahupun peraturan asrama.
Malam tadi beliau membaca beberapa potong hadis Nabi saw.
Isnin, 17 Mei 2010
Hadiah Hari Guru
Vokasma>
Guru....
Engkau pembimbing...
Engkau suruh, engkau larang dan engkau ajak....
namun...akan ada yang membantah.
Di asrama....
tidak jemu-jemu....
engkau ajak orang solat,
paksa orang solat, ambil kehadiran orang tidak solat...
namun....akan ada yang membantah.
kalaulah aku ni guru....
seperti dirimu....
dah lama aku kecewa dan terluka....
namun....akan ada yang membantahmu.
Guru......
berilah hadiah itu kepada mereka
yang membantahmu......
sebatlah....seperti selalu.
Terima Kaasih Pengunjung
Vokasma>
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjung bog ini.
Semperna sambutan hari guru 16 mei 2010, pengendali blog ingin menegaskan bahawa walaupun saya tidak mengenali kesemua pengunjung tetapi setakat ini sudah melebihi 10,000 kali pengunjung telah buka blog ini.
Walaupun tiada pengiktirafan atau penghargaan jauh sekali penajaan, namun "blog master" berpuashati.
Blog master juga tertanya-tanya siapakah gerangan yang melawat blok ini yang begitu ramai sedangkan ianya kurang popular dikalangan warga vokasma.
Walaupun siapa anda...terima kasih.
Jumaat, 14 Mei 2010
Pertanding Memancing Hari Guru 2010
Khamis, 13 Mei 2010
Bacaan Yassin Semperna Hari Guru 2010
Bacaan Yassin & Tahlil
Abang Su Bersama Pelajar Lelaki
Langgan:
Catatan (Atom)