Rabu, 3 Mac 2010
Supper
Pelajar perempuan selesai prep jam 10 malam, pelajar lelaki 10.30 malam. Mereka akan berkumpul di dewan makan masing-masing untuk menikmati minum malam. Warden bertugas perlu berada di dewan makan kerana waktu malam begini ramai kalangan penghuni asrama akan buat kecoh, bising dan kelakukan kurang adap.
Minum supper malam ini ialah roti canai dan teh o.
Selesai supper sekitar jam 11 malam, warden perlu membuat laporan tugasan harian.
Sekitar jam 11.15 malam petugas pejabat warden akan membuat pengumuman supaya semua lampu dorm ditutup dan pagar blok dikunci.
Tugasan warden untuk hari ini selesai.....dengan harapan tiada apa-apa kes berlaku menjelang mata mula terlelap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan