Rabu, 3 Mac 2010
Realiti Tugasan Seorang Warden Asrama
Tugas seorang warden asrama pada hari bertugas seharusnya bermula jam 6.00 pagi. Warden amat perlu untuk solat suboh bersama dengan penghuni asrama Vokasma kerana semua penghuni asrama Vokasma diwajibkan solat suboh berjamaah di surau.
Tugas mengambil kehadiran suboh setiap hari telah dijayakan oleh Ust Mohd Fauzi. Setiap penghuni dorm yang gagal hadir kesemua ahlinya akan ditahan untuk sarapan pagi. Mereka akan dilepaskan untuk sarapan setelah semua turun untuk solat suboh.
Boleh dikatakan setiap hari 95% pelajar akan turun solat suboh melainkan mereka yang demam atau terlampau degil (yang perlu dirotan). Hatta pelajar perempuan yang uzur juga diwajibkan hadir di surau sebagai tanda meraikan kawan mereka.
Inilah tarbiyah asrama Vokasma.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan