Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Rabu, 3 Mac 2010

Pelajar Sakit



Ketika semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing, pelajar sakit akan bergerak ke pejabat warden untuk mendapatkan buku pergerakkan dan memohon tandatangan warden bertugas. Warden bertugas akan memastikan tiada penghuni asrama Vokasma yang menipu untuk ke hospital pada hal beliau tidak sakit. Hari ini hanya 3 pelajar sakit ke haspital. Seorang pelajar telah dihantar oleh PK Hem ke Hospital Seri Manjung sekitar 7.20 pagi kerana telah dirujuk ke doktor pakar kerana masalah buasir. Dua lagi pelajar ke hospital menaiki van sekolah sekitar 7.50 pagi. Kebiasaannya warden bertugas akan bergegas ke sekolah untuk punch card sekitar 7.35 atau 7.40 pagi dan sebagai guru biasa warden juga terpaksa memulakan pengajaran sekitar jam 7.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan