Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Rabu, 31 Mac 2010

Pelajar Ke Hospital





Setiap pagi purata pelajar sakit sepuluh orang.Mereka akan mendapat rawatan di haspital manjung. Apabila disoal jenis sakit mereka ialah demam, batuk, muntah dan lain-lain.Kalau dinisbahkan kepada keseluruhan penghuni asrama iaitu seramai hampir 450 orang tentulah nilainya kecil.
Namun jumlah ini tidak termasuk jumlah yang cedera akibat bermain bola, ragbi atau kemalangan lain.
Kawalan ke hospital ini amat perlu dilakukan kerana ada pelajar MENIPU SAKIT DAN KE HOSPITAL SEMATA-MATA KERANA TIDAK MAHU MASUK KE KELAS, ALASAN YANG DIBERIKAN IALAH PENING ATAU SAKIT KEPALA.
GURU DAN DOKTOR MEMANG TAK BOLEH SAH KAN SAKIT INI.

Selasa, 30 Mac 2010

Taklimat Warden



Taklimat Warden malam ini dibuat oleh 3 warden asram selepas membaca al-Mathurat.
Ust Mohd Fauzi menegur sikap pelajar yang tidak membaca al-Mathurat dan bersembang. Mereka dipanngil kehadapan surau.
Cikgu Azman menimbulkan masalah pelajar yang bergaduh sesama sendiri dan pembentukan sikap yang menghormati kawan-kawan.Asrama adalah tempat untuk membentuk ciri dan peribadi mulia. Sesiapa yang tidak boleh membentuk sikap begitu maka beliau amat sesuai untuk tinggal di asrama.
Cikgu Hanafiah membicarakan waktu prep dan keadaan pelajar ketika prep. Ramai yang sengaja melewatkan waktu prep dan tidak menghargaai masa prep yang ditetapkan iaiti 3.30-4.30ptg dan 9-10.30malam.

Khamis, 25 Mac 2010

Mesyuarat Warden Puteri



Mesyuarat Ketua Warden bersama warden-warden puteri bertujuan untuk selesaikan pelbagai persoalan yang menjadi isu. Juga dirangka aktiviti khusus untuk pelajar puteri untuk bulan april.
Analisa juga dibuat terhadap keputusan SPM 2009 Vokasional, di mana dari 19 pelajar cemerlang(5A keatas) vokasma dinilai.
Isunya ialah;
1.Kenapa hanya 2 orang pelajar perempuan asrama sahaja yang cemerlang.
2.Kenapa 17 pelajar cemerlang adalah penghuni asrama vokasma dan hanya 2 pelajar outsider(india-CP) sahaja yang cemerlang.Adakah pelajar luar asrama tidak ada tuisyen?
3.Kenapa pelajar cemerlang asrama vokasma tidak mempuyai A+.

Kesimpulan yang diperoleh;
1.Pihak pengurusan perlu menekankan soal teknik prep.
2.Wajibkan prep 2 kali sehari.
3.Tindakan tegas terhadap yang memonteng prep.
4.Adakan program motivasi akandemik setiap bulan.

Cadangan dari pelawat blog ini amat dialu-alukan. Hubungi terus PK Hem,Ketua Warden atau mana-mana warden asrama.

Sunat Baca Yassin Malam Jumaat





Setiap khamis malam jumaat pelajar bersama warden akan membaca yassin. Di samping membudayakan bacaan yassin di kalangan pelajar asrama, ianya dapat pahala.
Ada juga bekas pelajar asrama vokasma mencadangkan supaya wajibkan pelajar hafal yassin. Memang bagus. Biasanya orang hafal yassin dengan yang tidak hafal, perwatakannya agak berbeza.
Tapi lagi parah jika mereka menghafal kemudian mereka lupa.
Membaca yassin setiap minggu pun membuatkan mereka menghafalnya secara tidak langsung.

Rabu, 24 Mac 2010

Supper Kat DM



Supper kat dm malam ini ialah sekeping roti jagung, sedikit sayun mentimun dan 3 ketul nugget dan minuman bercoklat.
Cukupkah bagi seorang pelajar remaja belasan tahun seperti penghuni asrama vokasma, yang waktu akhir makan ialah 6.30 ptg tadi.
Lalu tentulah mereka mencari makanan alternatif yang sesuai dengan citarasa mereka.

Supper





Waktu supper perempuan 10.15-10.30 malam dan lelaki 10.30-10.45 malam, kebiasannya pelajar lebih suka membeli dari kakitangan sekolah yang menjual di hadapan surau asrama vokasma.
Jualan agak laris apabila mereka baru balik dari kampung, biasanya seorang peniaga boleh menghabiskan antara 40-50 bungkus nasi lemak dalam masa 10 minit sahaja.
Kenapa mereka suka makan nasi lemak setiap malam?

Prep Puteri





Setakat ini penghuni asrama vokasma perempuan masih prep di bawah blok masing-masing. Bagi ting 4 keadaan mereka agak sesak tetapi mareka memilih untuk prep di bawah blok berbanding di dewan makan.
Pihak pengurusan asrama sedang meneliti keadaan mereka, jika terkawal dan memuaskan mereka dibenarkan untuk prep di bawah blok masing-masing, jika tidak mereka terpaksa berpindah ke dewan makan.

Prep Di Kelas





Penghuni asrama vokasma lelaki mula prep di blok kelas mulai hari ini. Tiga bulan pertama mereka dibenarkan untuk prep di bawah blok asrama masing-masing. Tetapi ramai yang tidak bersungguh-sungguh, lalu prep ditukar ke bilik kelas masing-masing. Setakat ini keadaan di kelas lebih selesa dan memuaskan dan seharusnya keputusan peperiksaan setara 1 ini lebih baik bagi semua individu penghuni asrama vikasma.

Hospital Waktu Petang


Pelajar yang sakit serius dibenarkan untuk ke hospital pada waktu pagi. Pelajar yang sakit kurang serius diminta ke hospital waktu petang iaitu mulai 2.30-5 petang. Namun ada juga pelajar yang sakit tetapi tidur di dorm masing-masing sehingga 6 petang baharu memohon untuk ke hospital. Perkara ini perlu dielakkan kerana diluar waktu pejabat pihak hospital hanya melayan kes kecemasan sahaja.
Dua pelajar ini minta ke hospital sekitar jam 6.30 ptg. Mereka di ambil darah kerana demam yang agak tinggi dan muntah.
Sekitar 8.30 baru mereka dapat balik ke asrama dan makanan mereka dibungkus oleh pihak pengurusan dewam makan atas permintaan warden bertugas.

Hospital


Pagi ini hanya 2 pelajar perempuan yang mengadu sakit dan ingin mendapat rawatan di hospital. Alasan yang diberikan ialah demam dan muntah.

Perbarisan Pagi




Perbarisan pagi ini seperti biasa dimulakan dengan mengambil kehadiran. Budaya ini semakin berkesan untuk mengesan penghuni yang malas dan cuba untuk ponteng sekolah.

Selasa, 23 Mac 2010

Spot Cek Blok N




Blok N telah mengadakan spok cek kerana ada banyak aduan menganai baju hitam dan hand set.
Barangan yang dirampas di rekodkan, ditag nama dan hanya akan dipulangkan pada hari akhir pelajar menjijakkan kaki mereka di bumi vokasma.
Blok lain juga akan mengikut langkah blok N apada masa yang sesuai.

Aktiviti Biasa Asrama





Aktiviti biasa asrama vokasma......
setiap ahad balik dari kampung pemeriksaan kehadiran perlu dibuat kerana AMALAN BURUK PELAJAR MASA KINI IALAH MEREKA AMAT GEMAR UNTUK HADIR LEWAT DARI WAKTU YANG DITETAPKAN.
Kali ini seramai 30 lelaki dan 6 perempan penghuni asrama vokasma yang gagal menghadirkan diri pada hari ahad sewaktu magrib - ketika inspection diadakan.

Setiap isnin pula warden yang perihatin tentang kekemasan bilik akan naik untuk membuat inspection dorm.

Sabtu, 13 Mac 2010

Lengang dan Sunyi





Itulah gambar yang tepat untuk dinukilkan bagi mengambarkan suasana asrama vokasma ketika ketiadaan penghuninya.
Tiada pergerakan pelajar, tiada petugas di PW, tiada bayangan di blok, tiada kelibat manusia dan paling sedih..tiada orang solat berjamaah di surau....

Khamis, 11 Mac 2010

Keputusan SPM 2009





Tepat jam 10.45pagi ibu bapa dan pelajar dikumpul di dewan vokasma dan keputusan SPM 2009 pun diumumkan oleh Pengetua SMVSM.
Keputusan kali ini mempunyai beberapa ciri keistimewaan;
1.Kekal 100% sepanjang lapan tahun berturut-turut.
2.Gred purata lebih baik daripada yang disyorkan oleh BPTV.
3.Terbaik di Perak di kalangan SM Teknik naik taraf dari Vokasional.
4.Ketiga terbaik di daerah Manjung selepas Convent dan ACS Sitiawan.

Rabu, 10 Mac 2010

Semangat Sukan





Semangat kesukanan adalah semangat yang baik tapi sekadar di padang sahaja. Jika semangat ini dibiarkan ianya ada menjadi permusuhan dan pergaduhan sepanjang tahun. Semoga penghuni asrama vokasma matang dan boleh manilai diri masing-masing.