Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Rabu, 28 Oktober 2009

Pelancaran blog Vokasma






Hari ini 28 Oktober 2009,

blog vokasma dilancarkan.
Pelancaran blok ini telahpun dipersetujui oleh PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan.
Tujuan pelancarannya adalah untuk memperincikan aktiviti asrama supaya semua warga dan bekas warga Asrama SM Teknik/Vokasional Manjung dapat manfaat darinya.
Kenapa memilih vokasma? tidak stesma....
Asrama SM Teknik Manjung telah dibuka dengan rasminya dengan pengambilan pertama pada 21 Februari 1992 dengan nama Asrama SM Vokasional Seri Manjung. Pada masa itu nama ringkasnya memang telah dikenali sebagai vokasma (Vokasional Seri Manjung).
Tahun 2009 merupakan batch akhir aliran teknik, tiada lagi pengambilan pelajar teknik di SM Teknik Seri Manjung lalu kenapa nama teknik diperlukan? Sedangkan aliran yang ada ialah vokasional dan kemahiran.
Maka mulai tahun 2010 SM Teknik Seri Manjung seharusnya dikenali sebagai SM Vikasional Seri Manjung sama seperti ianya dikenali mulai tahun 1992 dahulu. Walhasil balik asal.