Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 9 Januari 2011

An-Nisaa' - ayat 36

"Sembahlah Allah dan jangan kamu menyegutukan Nya dengan sesuatu pun. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang sombong dan berbangga diri."

Rabu, 7 Julai 2010

Anak-anak Iblis

Vokasma>
dari Zaid bin Mujahid, dia berkata,"Iblis itu mempunyai lima anak, yang masing-masing anak diberi tugas tersendiri, lalu dia memberikan nama kepada mereka, iaitu:
1.Tsabr.Dia adalah pembawa musibah yang diperintahkan untuk merosak,menyobek saku saat manusia berduka,memukuli pipi dan membuat pengakuan-pengakuan jahiliah lainnya.
2.A'war.Dia adalah pembawa zina, yang menyuruh manusia kepada zina dan menganggapnya bagus.
3.Miswath.Di adalah pembawa dusta, yang mendengar sesuatu lalu dia mendatangi seseorang dan mengkhabarknnya apa yang didengarnya. Lalu orang itu menemui orang-orang seraya berkata,"Aku telah melihat seseorang yang masih kuingat wajahnya tetapi aku tidak tahu namanya, dia berkata kepadaku begini dan begitu."
4.Dasim.Tugasnya menyusup ke dalam diri seseorang tatkala menemui keluarganya, lalu dia menampakkan cela mereka di matanya sehingga membuatnya marah-marah.
5.Zaknabur.Dia adalah penguasa pasar yang mengibarkan benderanya di pasar.

Khamis, 27 Mei 2010

Mesyuarat Warden





Vokasma>
Mesyuarat warden kali ini telah diadakan bagi membincangkan pemasalahan semasa penghuni vokasma.
Permasalahan penghuni asrama memang tidak pernah selesai.
Sekali ada asrama, ada penghuni asrama, selagi itulah ada masalah.

Selasa, 25 Mei 2010

Setahun Dalam Kenangan



Vokasma>
Pada 24 Mei 2009 adalah merupakan konsert kumpulan Rabani yang diketuai oleh Ust Asri bersama Ust Akwan kali terakhir di SM Teknik Seri Manjung.
Lebih kurang dua bulan kemudian diapun meninggal dunia.
Mengikut Ust Akwan SM Teknik Seri Manjung merupakan sekolah teakhir kumpulan Rabbani membuat persembahan dan ceramah motivasi bersama Ust Asri.(Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, Amin yaAllah).

Isnin, 24 Mei 2010

Solat Hajat Dan Doa





Vokasma>
Itulah budaya penghuni asrama Vokasma.
Mulai ahad, beberapa AJK surau telah memohon kebenaran untuk mengadakan solat hajat dan doa selepas solat isyak sepanjang peperiksaan pertengahan tahun berjalan.
Keberkatan itu akan datang apabila ada usaha, doa dan tawakal.

Sabtu, 22 Mei 2010

Sarapan di Muara Setia Kawan





Vokasma>
walaupun semua penghuni asrama vokasma balik ke kampung namun dua beranak iaitu Sdr Abd Hadi Azman dan emak saudaranya Siti Khalilah Shabudin bersarapan pagi di One Stop Fishing Centre Kg Sitiawan.
Di sana mereka bertemu warga vokasma yang lain iaitu PK Ko En Zulkifli dan Ust Syed Sharim.
Menu utama makan pagi yang agak mengancam ialah CAPATI.
Kesemua masakannya, ikan fresh baru naik dari laut.

Hujan Memanjang



Vokasma>
Mulai malam isyak malam sabtu hujan turun, sehingga jam 10 pagi sabtu hujan masih turun. Tapi kebanyakan penghuni asrama balik ke kampung...mungjin dibuai mimpi di rumah masing-masing.