Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Khamis, 27 Mei 2010

Mesyuarat Warden





Vokasma>
Mesyuarat warden kali ini telah diadakan bagi membincangkan pemasalahan semasa penghuni vokasma.
Permasalahan penghuni asrama memang tidak pernah selesai.
Sekali ada asrama, ada penghuni asrama, selagi itulah ada masalah.

Selasa, 25 Mei 2010

Setahun Dalam Kenangan



Vokasma>
Pada 24 Mei 2009 adalah merupakan konsert kumpulan Rabani yang diketuai oleh Ust Asri bersama Ust Akwan kali terakhir di SM Teknik Seri Manjung.
Lebih kurang dua bulan kemudian diapun meninggal dunia.
Mengikut Ust Akwan SM Teknik Seri Manjung merupakan sekolah teakhir kumpulan Rabbani membuat persembahan dan ceramah motivasi bersama Ust Asri.(Semoga roh beliau dicucuri Rahmat, Amin yaAllah).

Isnin, 24 Mei 2010

Solat Hajat Dan Doa





Vokasma>
Itulah budaya penghuni asrama Vokasma.
Mulai ahad, beberapa AJK surau telah memohon kebenaran untuk mengadakan solat hajat dan doa selepas solat isyak sepanjang peperiksaan pertengahan tahun berjalan.
Keberkatan itu akan datang apabila ada usaha, doa dan tawakal.

Sabtu, 22 Mei 2010

Sarapan di Muara Setia Kawan





Vokasma>
walaupun semua penghuni asrama vokasma balik ke kampung namun dua beranak iaitu Sdr Abd Hadi Azman dan emak saudaranya Siti Khalilah Shabudin bersarapan pagi di One Stop Fishing Centre Kg Sitiawan.
Di sana mereka bertemu warga vokasma yang lain iaitu PK Ko En Zulkifli dan Ust Syed Sharim.
Menu utama makan pagi yang agak mengancam ialah CAPATI.
Kesemua masakannya, ikan fresh baru naik dari laut.

Hujan Memanjang



Vokasma>
Mulai malam isyak malam sabtu hujan turun, sehingga jam 10 pagi sabtu hujan masih turun. Tapi kebanyakan penghuni asrama balik ke kampung...mungjin dibuai mimpi di rumah masing-masing.

Jumaat, 21 Mei 2010

Balik Kampung



Vokasma>
Hari ini genap 4 minggu penghuni asrama Vokasma tidak balik kampung. Bagaikan tak balik kampung setahun, mereka berlari,berlumba, berkejaran dan suasana kelihatan tak sabar sebaik selesai waktu persekolah.
Paling menyedihkan cuma sekitar 20% sahaja pelajar yang turun makan tengahari. Menu hari ini ialah gulai daging dan sayur sawi.
Nasib baik ada rumah anak yatim kat batu 10, kalau tidak pembaziran tentu berlaku, sepertimana biasa barang tak habis akan masuk tong sampah.

Khamis, 20 Mei 2010

Jumaat Yang Syahdu





Vokasma>
Seperti biasa aktiviti penghuni asrama Vokasma setiap malam jumaat ialah memohon keberkatan Allah dengan membaca yassin. Namun malam jumaat ini merupakan malam yang syahdu kerana hujan renyai-renyai turun sejak waktu magrib sehingga jam 12 malam.
Kerana amalan ini telah menjadi kebiasaan dan para penghuni asrama memang telah cekap membaca yassin dan ramai juga yang telah mampu menghafalnya.
Lantaran itu bacaan mereka lancar dan laju. Kebiasaannya 15-20 akan selesai bacaan surah yassin.
Kerana itu selepas baacaan yassin Ust Mohd Fauzi akan memberikan tazkirah.
Malam ini beliau menyentuh persoalan kubur dan azab yang akan dikenakan kepada penghuni kubur bagi mereka yang mengabaikan pengajaran Islam.
Satu persoalan yang ditimbulkan,"Kalau kita pukul kawan mana ada sehingga terbenam dalam dalam tanah, tapi kalau malaikat mungkar dan nangkir pukul akan masuk ke dalam tujuh lapisan bumi".