Vokasma>Bacaan al-Mathurat malam ini diketuai oleh Ketua Pelajar asrama Vokasma Sdr Mohd Azizi. Bacaan al-Mathurat memang telah menjadi budaya kerana ianya adalah kumpulan doa-doa yang masyhur. Adalah amat baik jika sepanjang 2 tahun tinggal di asrama Vokasma, pelajar pelajar dapat menghafalnya.
Selasa, 20 April 2010
Al-Mathurat
Vokasma>Bacaan al-Mathurat malam ini diketuai oleh Ketua Pelajar asrama Vokasma Sdr Mohd Azizi. Bacaan al-Mathurat memang telah menjadi budaya kerana ianya adalah kumpulan doa-doa yang masyhur. Adalah amat baik jika sepanjang 2 tahun tinggal di asrama Vokasma, pelajar pelajar dapat menghafalnya.
Isnin, 19 April 2010
Kehadiran Pelajar Asrama
Setiapkali balik dari kampung semakan kehadiran akan dibuat oleh Ketua Warden. Setakat ini sepanjang tahun 2010 kehadiran belum pernah mencecah 100%.
Minggu ini seperti minggu-minggu lalu....seramai 27 orang penghuni asrama Vokasma gagal untuk balik semula ke asrama seperti waktu yang ditetapkan.
Minggu ini seperti minggu-minggu lalu....seramai 27 orang penghuni asrama Vokasma gagal untuk balik semula ke asrama seperti waktu yang ditetapkan.
Jumaat, 16 April 2010
Tahlil
Khamis, 15 April 2010
Khamis Mlam
Menjadi tradisi asrama vokasma bila tiba malam jumaat pasti ada acara membaca yassin. Malam ini bacaan yassin telah dikhalifahkan oleh Ust Mohd Lotpi Razali, Penolong Kanan Vokasma.
Kebiasaannya bacaan yassin dikhalifahkan oleh Ust Mohd Fauzi Mohd Noor. Hari ini Ust Mohd Fauzi telah membawa 40 pelajar asrama vokasma menghadiri acara mencerp anak bulan Jamadil awal di pantai Segari bersama Jabatan Mufti Negeri Perak
Rabu, 14 April 2010
Pengagihan Majalah STESMA Terkhir


Majalah Sekolah Tahun 2009 dah siap.
Pelajar boleh dapatkannya melalui Cikgu Jalaludin As-sayuti Mohd Zaki. Ini merupakan majalah STESMA terakhir kerana pada tahun 2010 ianya mulai dikenali balik dengan majalah VOKASMA.
Bagi mereka yang membuat tempahan majalah asrama sila dapatakan gantian majalah asrama dengan sekeping DVD yang mengandungi 2000 keping gambar aktiviti asrama. Anda boleh dapatkannya dari Cikgu Azman Shabudin.
Sabtu, 10 April 2010
Reunion Ex-Vokasma 1994/95
Pertemuan bekaspelajar Vokasma 1994/95 telah diadakan pada 10-11 April 2010 di Vokasma. Pada 12 tgh mereka berkumpul di kantin sekolah. Pada sebelah malamnya mereka mengadakan majlis makan malam di Marina Cove jalan Teluk Batik.
Majlis bermula dengan ucapan Cikgu Azman Shabudin dan Cikgu Suhaimi Ibrahim. Majlis yang penuh bermakna itu julungkali diadakan setelah 15 tahun mereka meninggalkan sekolah.
Kehadiran Guru Vokasma
Antara guru Vokasma yang hadir dalam majlis tersebut ialah Cikgu Azman Shabudin,Cikgu Suhaimi Ibrahim,Cikgu Haris Nordin, Cikgu Musthapa Ismail,Cikgu Mohd Ali Abd Kadir, Cikgu Rosli Mat Piah,Cikgu Rosli Samot,Cikgu Ishak Salasa,Cikgu Kamariah Sulaiman,Cikgu Mariam AbdKudus, Cikgu Norhazlin Sufian Nazri,Cikgu Noramlina Alang dan Cikgu Shahriman Samarani(bekas pelajar 194/95).
Langgan:
Catatan (Atom)