Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Selasa, 11 Mei 2010

Mereka Mungungkap Janji





Vokasma>
Deangan sajak kesedihan abang Su, mereka mengungkap janji ingin menjaadi seorang insan berguna dunia dan akhirat. Tidak akan menipu, membuang masa, akan menghormati guru dan kawan-kawan. Semoga mereka semua menunaikan janji itu.

Isnin, 10 Mei 2010

Menu Makan Tengahari



Vokasma>
Menu makan tengahari ini ialah nasi belauk ikan selar masak kicap, pecal, masak kurma telur dan kentang. Cuci mulut pulak ialah tembikai merah.
Walaupun nampak ringkas namun menarik untuk mereka yang perut kosong setelah hampir 4 jam tak makan(waktu rehat pelajar adalah 10.20 pagi). Bagi yang waktu makan terakhirnya jam 6.30pagi, tentu lebih lapar dan menu ini amat menarik perhatian walaupun tidak mengikut selera sendiri(ada pelajar yang tidak makan waktu rehat?-mungkin untuk berjimat, tiada wang, miskin dsbnya....)kerana sudah 7 jam tak makan.
Waktu makan tengahari bagi pelajar yang tidak ada kelas petang ialah 2.35 petang, sementara pelajar yang ada kelas petang ialah 12.55 ptg.

Ahad, 9 Mei 2010

Aktiviti Hujung Minggu





Vokasma>
Minggu tidak balik kampung banyak sekali aktiviti asrama vokasma.
Bermula selepas solat jumaat, seramai 30 pelajar terpilih telah dikumpul di hujung pagar hitam, mendirikan khemah dan melakukan aktiviti kembara malam. Mereka hanya tidur hanya beberapa jam sahaja.
Pagi sabtu pula diadakan aktiviti bersama MSU universiti untuk ting 5 dan demonstrasi memasak untuk ting 4 yang berminat. Pelajar-pelajar lain ke kelas prep seperti biasa.
Magrib pula ada sedikit taklimat dari Ust mohd Fauzi dan PK Hem En Wan Yusaini Wan Hassan.
Hari ahad selepas solat magrib pula Ketua Warden En Azman Shabudin memberi sedikit Tazkirah berkaitan dengan tatacara dan penyesuaian diri hidup di asrama. Beliau juga menyentuh tentang hadis Rasulullah saw iaitu" apabila mati anak adam terputus segala amalannya melainkan amal jariah yang dilakukan, ilmu berguna yang diajarkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

Isnin, 3 Mei 2010

Tindakan Praktikal





Vokasma>
Undang menjaga bilangan penghuni asrama yang ramai, kita perlu kepada penguatkuasaan undang-undang.
Undang-undang bertulis, hampir kesemua asrama atau sekolah di Malaysia sama sahaja. Kecuali beberapa perkara yang disesuaikan dengan budaya asrama atau sekolah masing-masing.
Undang secara bertulis memang diberikan kepada semua pelajar ketika mereka mendaftar di Vokasma.
Undang-undang secara arahan memang diberikan oleh warden dalam perhimpunan pagi atau dalam surau selepas solat magrib.
Ramai yang mematuhinya, namun ADA SEGELINTIR YANG SENGAJA TIDAK MAHU MENDENGAR ARAHAN WARDEN.
Mungkin mereka sengaja BEBAL atau budaya tidak KESAH telah merasuk masuk dalam jiwa.
LALU APA TINDAKAN yang patut diambil oleh pihak pengurusan asrama?
Tidak turun solat - STARJUMP/ROTAN
Rambut Panjang - Tolong gunting ON THE SPOT
Sideburn panjang -Tolong Cukur
Balik lewat ke asrama - Hantar surat amaran-Kali ke-2 gantung asrama.
ITULAH BENTUK UNDANG-UNDANG YANG PATUT UNTUK MANUSIA BEBAL.

Ahad, 2 Mei 2010

Balik Dari Kampung




Vokasma>
Semua penghuni asrama vokasma tahu bahawa hari ahad balik dari kampung pasti ketua warden atau mana-mana warden akan membuat pemeriksaan kehadiran disurau selepas solat magrib. Namun begitu masih ramai yang sengaja gagal menghadirkan semula keasrama seperti yang ditentukan.
Maka,
bila balik dari kampung memang ada masalah.
Bilangan penghuni asrama vokasma tidak akan mencukupi sepertimana mereka balik ke kampung pada hari jumaat lalu.
Keadaan ini telah menjadi kebiasaan di kalangan penghuni asrama.Apabila diselidiki pelbagai alasan diberikan.
Satu tindakan tegas dan amatlah perlu dilaksanakan, namun tindakan ini perlu mendapat kerjasama dari ibu bapa, kerana antara faktor gejala ini berlaku adalah kerana ibu bapa sendiri menyebelahi anak-anak dan tidak menghormati peraturan.
Bilangan yang tidak balik kampung kali ini mencecah 32 orang daari 430.
Walaupun peratusanya kecil tetap ianya menjadi seperti BARAH yang boleh merebak pada bila-bila masa.