Aktiviti Pelajar & Asrama SM Vokasional Seri Manjung

Berita maya VOKASMA

Ahad, 10 Januari 2010

Qiammullail 1 2010

Qiammullail....itulah pengalaman yang amat berharga bagi seorang penghuni vokasma. Pada 9 dan 10jan10 iaitu minggu tidak balik kampung ianya diteruskan.


Sewaktu diperkenalkan program ini ramai pelajar mengeluh.....dengan pelbagai alasan, malah warden terpaksa mengejutkan pelajar dari tidur secara personal,tapi setelah beberapa jenerasi pada tahun ini qiammullail secara sukarela diadakan.
Tahniah kepada 34 orang lelaki dan 7 perempuan kerana mampu dan bersungguh mengikuti program ini selama dua pagi berturut-turut. Tahniah juga kepada imam Mohd Azizi Ibrahim kerana mampu menjadi imam dan mengendali qiammullail dengan jayanya.

Mesyuarat Warden 1 2010





Pada 6jan10 jam 9mlm team warden vokasma bermesyuarat bersama PK Hem dan Ketua Warden. Tujuan mesyurat adalah untuk pembahagian tugas 2010 di samping untuk pemantapan tugas serta menyuntik semangat baru pada warden. Ini kerana tugas ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.
Semoga semua warden lebih bersemangat.

Bacaan Yassin Untuk Bapa Cikgu Siti Mariam





Selepas solat pada 8jan2010 Ust Mohd Fauzi mengumumkan kepada penghuni vokasma mengenai kematian bapa cikgu Siti Mariam Abd Kudus. Semua penghuni vokasma telah menyedekahkan bacaan Al-Fatihah dan Yassin secara beramai-ramai dan memohon kepada Allah supaya menempatkan roh beliau di kalangan orang solleh.
Selepas bacaan yassin Ust Mohd Fauzi telah memberikan Tazkirah ringkas berkaitan dengan soal kematian serta peringatan kepada semua bahawa ajal boleh menjemput manusia pada bila-bila masa.

Jumaat, 8 Januari 2010

Teknik Baru dan Konsep Baru

Pada 5 Jan 2010 jam 9 mlm minggu jatidiri Vokasma diteruskan dengan pembentangan halatuju Vokasional dan kemahiran. Pembentangan serta penyampaian dibuat oleh En Shahabudin Hassan guru kanan Vokasional dan Ketua Warden En Azman Shabudin.
Teknik yang digunakan adalah ala forum, intraksi dua hala yang menarik minat murid.



Cikgu Azman turut membentangkan bagaimana tenaga elektrik dihasilkan, diagihkan dan kerja-kerja berkaitan tenaga. Cikgu Shabudin mencelah diselang-seli dengan ucapan cikgu Azman yang menghidupkan majlis.
Cikgu Shabudin juga membentangkan berkaitan pengalaman beliau dalam motor dan pendawaian.
Forum santai secara tidak rormal ini patut diteruskan untuk kefahaman pelajar untuk masa akan datang.

Minggu Jatidiri Vokasma

Minggu Jatidiri Vokasma di asrama bermula ahad 3 Jan 2010 tapi peringkat sekolah bermula pada Isnin 4 Jan 2010.
Pelajar tahu ini beruntung kerana kerena dianggap anak sulong Vokasma yang dijenamakan semula.
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Cikgu Hakim dan penolong s/u cikgu Azman.






Malam Pertama Di Asrama Vokasma 2010



Seperti biasa sekitar jam 7 mlm semua penghuni asrama Vokasma berkumpul untuk solat magrib. Solat diimam oleh Penolong Kanan Ust Mohd Lotpi Razali.
Selepas solat magrib Ust Mohd Lotpi memberi ucapan dengan penuh harapan bahawa pelajar vokay boleh menjadi pelajar cemerlang walaupun ketiadaan pelajar teknik. Beliau yakin dan percaya ramai kalangan pelajar vokay yang akan berjaya sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Seterus Penolong Kanan Hem, En Wan Yusaini Wan Hassan pula mengucapkan selamat kembali ke asrama dan peringatan bahawa semua pelajar akan dilayan sama rata melainkan pelajar tidak mahu menggunakan peluang yang diberikan.
Ketua Warden Asrama, En Azman Shabudin juga mengingatkan tentang undang-undang dan peraturan asrama yang perlu dipatuhi sepanjang tinggal di asrama Vokasma.
Warden Ust Mohd Fauzi Mohd Nor juga ada mengingatkan bahawa kejayaan para pelajar lepasan asrama ini dalam bidang akhlak sudah cukup memberi kepuasan hati seorang warden.

Selamat Kembali Ke Asrama

Pada 3 Januari 2010 lalu semua penghuni asrama tingkatan 5 berjumlah 191 orang telah berjaya mendaftarkan diri sebagai penghuni asrama. Kini kini digelar sebagai pelajar vokay kerana kesemua mereka adalah anak sulong aliran vokasional dan kemahiran.
Jumlah sebenar pelajar Vokasma ialah 257 tetapi yang berminat untuk tinggal di asrama cuma 191 dan ada lagi yang sedang merayu untuk tinggal kerana pada tahun ini tetapi belum dibenarkan.